MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2022 DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2022 DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN JMG JOHOR

Johor Bahru, 28 Februari 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2022 dan Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Kedua-dua Majlis telah dipengerusikan oleh En. Ahmad Fadhil b. Ahmad, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Shahril b. Idris dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli. Majlis dimulai dengan Khatam Al-Quran yang yang dibaca oleh wakil daripada setiap unit. Selepas itu, Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Johor En. Yusari b. Basiran telah menyampaikan perutusan Perhimpunan Bulanan dan perutusan Pengarah JMG Johor dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan dan Majlis Khatam Al-Quran kali ini.

Majlis diteruskan dengan Majlis perpisahan En. Mohd Syahrizal b. Zakaria yang akan bertukar ke JMG Kedah/Pulau Pinang/Perlis, En. Mat Wadi b. Ab Satar yang berpindah ke JMG Selangor dan En. Mohd Helmy b. Kadir ke Jabatan Kastam Johor.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul