MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

Johor Bahru, 31 Mei 2021 – Buat kali ketiga Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.

Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Saufee b. Sehat, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Syahrizal b. Zakaria. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya buat kali ketiga ini.

Majlis diteruskan dengan Majlis Puan Nurina bt. Jusoh yang akan berpindah ke pejabat Ukur dan Pemetaan Johor dan tayangan multimedia video perpisahan . Mesyuarat atau perbincangan telah bertukar kepada yang bukan baharu tetapi mula dilihat sebagai pilihan yang tepat pada ketika ini iaitu secara maya nampak lebih interaktif dan efektif.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul