MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2022 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2022 JMG JOHOR

Johor Bahru, 31 Julai 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2022 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh En. Mohd Saufee b. Sehat, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Shazwan Zainie b. Jainal. Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusan Perhimpunan Bulanan dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini.

Majlis diteruskan dengan memperkenalkan Pegawai dan kakitangan baru iaitu Dr Sia Say Gee dan Cik W.Fauzilawati bt. W.Omar. Majlis disusuli dengan pembentangan laporan pelajar praktikal Cik Nurul Azlin bt. Alias dan Sambutan hari lahir kakitangan JMG Johor untuk bulan April hingga Julai, sambutan kelahiran cahaya mata dan sumbangan masuk wad.

Sumbangan artikel : FB @Jmg Johor

Written by : asrul