MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2024 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2024 JMG JOHOR

Johor Bahru, 08 Ogos 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 08/2024 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Nur Syahidatul Zubaida binti Abilah @ Abdillah diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Shazwan Zainie bin Zainal dan bacaan ikrar oleh Encik Syed Sobri bin Syed Hassan. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.

Majlis diteruskan dengan taklimat berkenaan 'KESELAMATAN PERLINDUNGAN PEJABAT' oleh penceramah jemputan Puan Nurul Farhana binti Abd Rashid Timbalan Pengarah Keselamatan Kerajaan dan 'TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI' oleh Cik Nurul Hayati Hamizah binti Zolkifli pelajar latihan industri Universiti Sains Malaysia. Slot Aktiviti Kelab KSKK JMG Johor telah diadakan dengan penyampaian hadiah acara sukaneka JMG Johor yang diadakan pada 28 Ogos 2024 baru-baru ini.

Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul