MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 5/2020 DAN PROGRAM PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 5/2020 DAN PROGRAM PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Johor Bahru, 17 Ogos 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2020 dan Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2020 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Muhammad Syahmil b. Mohamad, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Shahril b. Idris dan pembaca ikrar oleh Pn. Siti Harimah bt. Supat. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis diteruskan dengan Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan bagi peringkat JMG Johor dimana tujuan utamanya adalah untuk menanam semangat patriotik dan semangat nasionalisme dalam diri setiap warga JMG Johor dan menghayati pengorbanan pejuang kemerdekaan.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul