MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2020 DAN MAJLIS HARI INOVASI JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2020 DAN MAJLIS HARI INOVASI JMG JOHOR

Johor Bahru, 15 November 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2020 dan Majlis Hari Inovasi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Kedua-dua Majlis telah dipengerusikan oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Fadhil b. Ahmad dan pembaca ikrar oleh Pn. Norfazelah bt. Hassan. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan dan Majlis Hari Inovasi kali ini.

Majlis diteruskan dengan pertandingan kuiz Inovasi yang terbuka kepada semua staf yang dijalankan melalui aplikasi kahoot yang boleh digunakan melalui telefon pintar masing-masing. Majlis disusuli dengan penyampaian hadiah untuk para pemenang bagi pertandingan mencipta slogan Hari Inovasi yang dimenangi oleh En. Mohd Azmi b. Mohd Azman dengan slogan "Inovasi Inspirasi Sanubari" dan pertandingan kuiz Inovasi yang dimenangi oleh Pn. Norshida bt. Osman.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul