PEMBENTANGAN KONSULTAN BAGI PERMOHONAN SKSK DAN SKSPM

PEMBENTANGAN KONSULTAN BAGI PERMOHONAN SKSK DAN SKSPM

Johor Bahru, 07 Disember 2021 – Baru-baru ini, JMG Johor telah menganjurkan pembentangan bersama konsultan bagi permohonan surat kelulusan skim kuari (SKSK) dan surat kelulusan skim pengendalian melombong (SKSPM) bersama syarikat-syarikat kuari dan lombong di Johor. Pembentangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Antara syarikat-syarikat lombong dan kuari yang terlibat ialah Apex Granite, Hap Seng Quarry & Building Material, Saroma Engineering, KF Lee Mining Consultant & Surveyor, Satria Makmur Quarry, Lombong Besi Masiran S/B dan Pengkalan Bukit Quarry S/B. Pembentangan berlangsung selama 2 hari.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul