PENGARAH JMG JOHOR DALAM PROGRAM CITRA DESA SELAMAT PAGI MALAYSIA

PENGARAH JMG JOHOR DALAM PROGRAM CITRA DESA SELAMAT PAGI MALAYSIA

Mersing, 26 Oktober 2019 - Satu Program terbitan RTM iaitu Citra Desa Selamat Pagi Malaysia telah bersiaran langsung di Sukalayar Resort, Tanjung Resang, Mersing, Johor baru-baru ini. Dua jam bersiaran, adalah bagi tujuan memaparkan daerah Mersing secara menyeluruh merangkumi kewujudannya dari sudut geologi, sebuah daerah yang terbentuk 350 juta tahun yang lampau. Ia juga memaparkan kisah Mersing sebuah daerah yang merupakan lokasi berlakunya gunung berapi yang ganas sekitar 300 juta tahun sebagaimana Indonesia pada hari ini dan merupakan daratan terawal yang membentuk Semenanjung Malaysia.

Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah bersama Profesor Edi Tonizam telah mencul dalam slot berkenaan bagi menceritakan sejarah asal usul Mersing dan kejadian daratan pertama di Mersing. Turut juga dipaparkan dalam Program berkenaan ialah kepelbagaian budaya dan makanan antaranya Silat Buah Pukul Mersing, Tekpi, Zapin Pulau, laksa pulau dan lontong darat. Tuan Pegawai Daerah dan ADUN Endau turut berkongsi perancangan dan pembangunan yang sedang berjalan rancak di Mersing.

Sumbangan artikel : Facebook Jmgjohor Rasmi

Written by : asrul