Program Motivasi Kesihatan bertemakan Pekerja Sihat Pekerja Gemilang telah diadakan pada 3 Julai 2013 di Bilik Mesyuarat Nilam, Lantai 22, Ibu Pejabat. Program anjuran Unit Pengurusan Sumber Manusia, Ibu Pejabat dan dikendalikan oleh En. Ahmad Salleh, seorang perunding kesihatan dan pakar motivasi selaku CEO, ADA GLOBAL Sdn. Bhd., telah mendapat sambutan dan penglibatan daripada kakitangan Jabatan yang turut sama berkongsi pandangan serta nasihat semasa program ini berlangsung.
Program ini menyentuh pelbagai aspek kesihatan yang umum tidak mengetahui, melibatkan konsep kekuatan kepercayaan, minda, pilihan dan badan dengan hubungkaitnya dengan Al-Quran dan hadis serta kajian saintifik.
Demontrasi kekuatan minda dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan menggunakan pendekatan meta-fizik serta sesi soal-jawab yang banyak mengetengahkan persoalan mengenai aspek pemakanan dan sistem rawatan penyakit melalui perubatan dan rawatan.
Berikut dikongsikan beberapa petua-petua pemakanan dan kesihatan yang sihat untuk panduan semua:
1. Minuman berkarbonat mempunyai kandungan sakarin (ibu gula) yang tersangat tinggi, bahan ketagih dan bahan yang memudahkan terasa dahaga . Di Israel, minuman ini dikenali sebagai poisonous drink dan diharamkan untuk diminum.
2. Cara pemakanan perlulah mengutamakan pengambilan antioksidan yang secukupnya. Sumber antioksidan terbaik berasal dari buah dan sayuran. Antara makanan yang banyak mengandungi antioksidan adalah bawang, tomato dan timun. Penyerapan antioksidan bersumberkan buah dan sayuran oleh tubuh amat cepat berbanding daging. Ayam kampung mempunyai kadar penyerapan yang cepat berbanding 'ayam daging' yang diternak (dikenali sebagai poisonous chicken) kerana kandungan steroid dan antibiotik yang tinggi. Kajian terkini mendapati ramai orang muda yang imun terhadap antibiotik kerana tabiat pemilihan pemakanan yang lebih kepada makanan yang mempunyai kadar antibiotik yang tinggi.
3. Air perlulah cukup untuk pembinaan cecair tubuh kerana ianya diperlukan oleh sel-sel. Cara minum air yang baik adalah dengan berkumur terlebih dahulu supaya lidah dapat mengesan kehadiran air dan seterusnya ia menghantar isyarat awal kepada sel-sel tubuh. Sekiranya menghadapi kekurangan air untuk diminum, adalah cukup dengan sekadar menahan air dalam mulut (mengemam). Kadar pengambilan air kosong adalah purata 2 liter sehari.
Mengikut kajian Dr. Mikhail Tombak, seorang saintis lulusan Universiti Rusia dalam bidang biologi dan kimia, meminum air secara langsung/terus adalah seumpama racun. Tabiat meminum secara langsung/terus akan memudahkan percampuran dengan asid dalam perut dan menyebabkan kandungan asidik dalam perut meningkat. Sistem tubuh akan menyerap kandungan ini sebagai toksid dan pada peringkat awal kesakitan terasa adalah pada bahagian belakang badan, sakit pinggang dan kebas kaki.
Cara minum yang betul mengikut kajian saintifik adalah membiarkan air berada dalam mulut selama 5 saat. Tempoh 3 saat adalah memadai kerana tempoh enzim bersuaian yang dikeluarkan oleh pankreas setelah mendapat isyarat awal dari lidah adalah dalam tempoh 3 saat yang tersebut. Hal ini telah dipesan oleh Rasulullah S.A.W., supaya mengemam dan menelan air dengan 3 kali tegukan berkadaran dengan 3 saat yang disyorkan oleh kajian saintifik.
4. Cahaya matahari mempunyai banyak Vitamin D dan diperlukan secukupnya oleh tubuh. Kekurangan pendedahan kepada cahaya matahari akan mengundang masalah sistem penghadaman. Bagi wanita, sistem reproduktif akan menghadapi masalah jika kekurangan pendedahan kepada cahaya matahari. Penggunaan sunblock boleh menyekat penyerapan Vitamin D, bahan kosmetik pula mempunyai pengawet iaitu parabens yang boleh menyebabkan kanser.
Pendedahan kepada matahari boleh menyembuhkan selesema. Di Eropah, sekiranya pesakit mengalami demam/selesama, mereka dibekalkan dengan multivitamin, makan buah-buahan dan disarankan untuk meminum sup seterusnya tidur dengan cukup.
Dr. Joseph Marcola, amat menekankan kepentingan Vitamin D. Beliau melarang pengambilan Vitamin D dalam bentuk pil yang boleh menyebabkan peningkatan kandungan kalestrol dalam darah.
5. Nutrien atau zat-zat pemakanan iaitu zat-zat galian dan juga vitamin, seperti zat besi, kalsium, magnesium, potassium, zink, selenium dan iodin amat diperlukan oleh tubuh dalam kadar yang mencukupi. Jika zat besi berlebihan akan menyebabkan masalah pada hati (penyakit kuning), manakala jika kalsium berlebihan akan menyebabkan masalah buah pinggang. Nutrien inilah yang membina sel-sel tubuh.
6. Cara makan mengikut Dr. Mikhail Tombak, makanan perlu dikunyah diantara 35 hingga 60 kali. Mengikut sunnah, Rasullullah S.A.W berpesan supaya makanan dikunyah sebanyak 40 kali. Makanan perlu dikunyah halus supaya partikel makanan boleh dikesan oleh lidah seterusnya memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluarkan enzim yang bersesuaian. Ianya bagi mengelakkan berlakunya penyerapan toksid oleh tubuh akibat sistem penghadaman yang tidak lengkap.
Sekiranya air liur tidak mencukupi, ianya boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman. Perkara yang sama jika seseorang mempunyai masalah kelenjar air mata/kekurangan air mata akan menyebabkan masalah selaput dan sebagainya.
7. Mengikut Chromotherapy (color therapy), atau cakra, warna hijau adalah bagus untuk jantung, mata dan minda (bagi pesakit yang mempunyai masalah jantung, digalakkan memakai pakaian berwarna hijau). Warna biru untuk penyakit thyroid (nila digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit thyroid). Warna kuning untuk merawat masalah perut. Masalah ari-ari, pundi, kitaran haid tidak menentu, fibroid, boleh dirawat dengan memakai pakaian berwarna orange. Bagi pesakit yang mengalami masalah tulang, otot-otot, seksual, warna merah sesuai untuk digunakan. Warna purple sesuai untuk minda. Warna tertinggi adalah warna putih dikenali sebagai cakra mahkota.
8. Nutrien yang paling baik berasal daripada madu (asli) - The King of The Food. Cara mudah untuk menentukan keaslian madu adalah dengan meletak sedikit madu di atas kertas akhbar, 10 saat kemudian disapu dan dipastikan tidak basah (berminyak sedikit). Jika basah ianya ada campuran air. Kaedah lain adalah dengan menitis madu sedikit (5-10 titisan) ke dalam mangkuk berisi air, dilenggang perlahan-lahan. Jika berbentuk seperti struktur sarang lebah atau heksagon. Jika ada campuran, ianya akan terus larut dalam air.
Cara makan terbaik madu adalah dengan meletakkannya di atas lidah, kemam 5 saat dan menelannya perlahan-lahan semasa perut kosong seperti yang disarankan oleh Prof Dr. Sir Syed Irshad Ali (The King of Honey).
Campuran madu dan lemon (sama banyak kuantitinya), diminum 3 kali sehari sehingga sembuh untuk merawat sakit kahak/batuk.
Madu tidak boleh dicampurkan dengan habatussauda mengikut kajian saintifik kerana boleh mengundang komplikasi. Untuk merawat sakit mata, madu boleh digunakan dengan menitiskan sedikit ke dalam mata.
Dipasaran, royal jelly kebanyakkannya adalah sintetik/tiruan kerana untuk mendapatkan yang asli amatlah sukar. Royal jelly dibuat oleh lebah hanya untuk bekalan makanan ratunya di 10 tempat/benih sehari sahaja di setiap sarang lebah, kuantitinya amat sedikit sekali dan ini menyebabkan ianya sukar untuk diperolehi dan agak mahal.
9. The King of Fruit adalah buah kurma kerana ianya mengandungi banyak zat-zat galian, vitamin dan fiber.
Buah-buahan dan sayur-sayuran dikenali sebagai The Fine Food kerana ianya menggunakan tenaga yang kecil untuk dihadam, diserat oleh tubuh dan membuang toksid. Buah-buahan amat sesuai untuk pesakit kencing manis. Untuk mengeluarkan toksid dalam tubuh, air kelapa adalah amat sesuai untuk diminum. Cara makan buah-buahan yang paling baik adalah semasa perut kosong, sebelum makan.
Buah tomato dimakan mentah baik untuk menyeimbangkan tekanan darah. Bunga jasmine juga baik untuk menurunkan tekanan darah, begitu juga bunga melur, bunga tanjung dan tea hijau (green tea).
10. Suhu badan bagi wanita yang baru bersalin adalah meningkat 1 darjah begitu juga dengan bayi yang baru lahir. Peningkatan suhu badan ini adalah berfungsi untuk mematikan kuman di dalam tubuh. Demam adalah baik untuk tubuh kerana ianya boleh mematikan kuman.
11. Air RO (reverse osmosis) adalah tidak baik untuk kesihatan kerana ianya tidak mengandungi mineral, zat galian dan kekurangan oksigen kerana telah ditapis. Ianya boleh mengundang batuk, sakit leher dan kahak.
Air minuman lebih baik dicampurkan dengan sedikit garam bukit/laut yang asli kerana ianya akan meningkatkan kadar alkali dan oksigen.
pH tubuh manusia adalah 6.8 hingga 7.2. Air zam-zam mempunyai pH, 7.35. Air yang mempunyai pH lebih daripada 8.0 adalah tidak sesuai untuk diminum. Air zam-zam tidak berubah dari segi kandungan air jika dibiarkan lama mengikut kajian. Mengikut kajian Dr. Masaru Emoto, molekul air zam-zam berbentuk kristal. Air boleh 'mendengar' dan 'menyimpan kata-kata' kerana ianya boleh mengubah molekul air. Molekul air biasa akan berubah sepenuhnya sekiranya dicampurkan sedikit air zam-zam, namun kandungannya masih tidak berubah.
12. Keseimbangan asid-alkali dalam badan amat penting untuk kesihatan. pH yang kurang dari 6.8 akan mengundang penyakit. Buah terung boleh merawat kanser. Terung terbaik adalah terung hutan/telunjuk (kecil, hijau dan bila masak kuning-kekuningan). Buah durian belanda, kacang kelisa, bawang, badam juga boleh merawat kanser. Air kelapa adalah bersifat alkali dan baik untuk kesihatan. Untuk sakit-sakit pinggang, air kelapa boleh dicampur dengan garam bukit dalam kuantiti sedikit untuk rawatan.
13. Yahudi mewajibkan umatnya mengamalkan 7 perkara iaitu madu, kurma, Jintan Hitam (habbatussauda), minyak zaitun, susu, buah badam dan minyak ikan.
Program motivasi kesihatan tersebut bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Pihak Jabatan mengucapkan terima kasih kepada En. Ahmad Salleh di atas petua-petua dan tip-tip kesihatan yang amat berguna untuk kehidupan seharian.
Sekiranya mempunyai sebarang komen/petua-petua lain, silalah guna ruangan komen dibawah. Kerjasama anda amatlah dihargai.
Galeri bergambar:
http://blog.jmg.gov.my/jmg-johor/program-motivasi-kesihatan-pekerja-sihat-pekerja-gemilang#sigProId8fb840fc49