SUKAN FUTSAL JMG JOHOR

muka depan futsal JMG 2016

Johor Bahru, 9 Januari 2016 – Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor telah menganjurkan pertandingan futsal dalaman antara unit-unit. Antara unit-unit yang terlibat ialah Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Lombong dan Kuari yang bergabung dengan Unit Pengurusan Maklumat, Unit Sumber Mineral dan Unit Geosains. Pertandingan dijalankan secara liga 1 pusingan dimana, pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai johan.

Pertandingan futsal telah berlangsung di gelanggang futsal ‘Daiman Sports Center’ di Skudai. Pertandingan futsal kali ini telah dijuarai oleh pasukan dari Unit Geosains diikuti Unit Pentadbiran dan Kewangan sebagai naib Johan. Tujuan utama penganjuran pertandingan futsal tersebut adalah unutk memupuk semangat ukhwah antara staff-staff di JMG Johor, selain daripada salah satu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kita semua.

Written by : asrul