MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2024 JMG JOHOR
Johor Bahru, 02 Januari 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2024 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh Mohammad Saufee b. Sehat diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Fariz b. Dzulkapri dan bacaan ikrar oleh En. Hairul b. Mohamed Shaharudin. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor yang baharu iaitu Hj. Noorazhar b. Ngatimin. Majlis diteruskan dengan pengenalan kakitangan JMG Johor kepada Pengarah baharu JMG Johor.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2023 JMG JOHOR
Johor Bahru, 28 November 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 11/2023 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh Siti Nur Idyani bt. Yahaya diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Syazwan Zainie b. Jainal dan bacaan ikrar oleh Cik Nur Zayana Zahira bt. Shamsuri. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan pengenalan Pegawai Geosains baru Puan Fatimah Tuzaharah bt. Kamaludeen dari JMG Sabah.
PROGRAM ECO-HOST KEPADA GEOGUIDE
Mersing, 31 Oktober 2023 - Program Eco-Host kepada Geoguide bagi tujuan permohonan lesen di bawah MOTAC telah berjaya diadakan bertempat di Hotel Seri Malaysia Mersing, Johor.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2023 JMG JOHOR
Johor Bahru, 30 Oktober 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 10/2023 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh En. Hairul b. Mohamed Shaharudin diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohammad Saufee b. Sehat dan bacaan ikrar oleh En. Md Aris b. Md Esa. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan pengenalan pelajar industri Cik Nurul Nadhirah bt. Mohd Tahir dari Uitm Shah Alam dan kakitangan JMG Johor yang baru iaitu En. Aidil Hamkah b. Ithnin dari JMG Terengganu dan En. Muhammad Harith b. Hamdan dari JMG Selangor.