TAKLIMAT PERATURAN-PERATURAN MINERAL AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994

muka dpn APM 1994

Johor Bahru, 22 Februari 2017 - Jabatan Mineral Dan Geosains Johor telah berjaya mengadakan satu sesi taklimat kepada pihak industri terutamanya industri perlombongan dan pemprosesan mineral pada bertempat di Bilik Kuarza bermula jam 8.30 pagi.

Pengarah JMG Johor Encik Abdullah Sani Bin H. Hashim telah merasmikan sesi taklimat tersebut. Seramai 41 orang peserta telah hadir mendengar taklimat tersebut yang telah disampaikan oleh Pegawai dari Unit Lombong dan Kuari iaitu Encik Mohamed Hizam bin Abdul Kadir dan Encik Mohd Hisham Bin Md Nawi.

Sesi taklimat yang bermula jam 8.30 pagi itu membentangkan tiga peraturan-peraturan mineral di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 iaitu Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Peletupan) 2013, Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan) 2016 dan  Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Efluen) 2016. Pada akhir taklimat juga telah diadakan sesi soal jawab antara Jabatan dengan pihak industri. Taklimat berakhir pada jam 1.00 petang dengan jayanya. 

Written by : asrul