ALOR SETAR, 9 Januari 2013 - Pasangan staf JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang, Puan Lily Ermawatee binti Mohd Tahir (Pembantu Tadbir) dan Encik Zamali bin Abdul Wahab (Penolong Pegawai Galian) telah selamat menerima cahaya mata puteri sulung mereka, hari ini.
PENGARAH JMG KPP TERIMA PINGAT B.C.K
Seluruh warga JMG KPP mengucapkan tahniah! kepada Tuan Pengarah JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Tuan Haji Zainol Bin Husin yang telah dianugerahkan pingat Bintang Cemerlang Kebaktian (B.C.K) sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85 pada tarikh 20 Januari 2013 yang lalu.
Disediakan oleh : Pn. Salasiah Bajuri
Anugerah Pekerja Berdedikasi Suntik Kesungguhan Bekerja
ALOR SETAR, 27 Februari 2013 - Seramai 4 orang kakitangan JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah dianugerahkan Pekerja Berdedikasi Jabatan bagi tahun 2012. Mereka ialah En. Muhammad Mustadza Mazni, En. Zulkifli Jaafar, En. Abu Bakar Siddik Abidah dan En. Nopazli Ramzi.
JMGKPP Anjur Lawatan Sambil Belajar Ke Songkhla
SONGKHLA, 17 Januari - Program Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) ke Songkhla tiba di kemuncaknya dalam sesi fotografi dan aktiviti riadah di Pantai Samila BP Resort, Songkhla, Thailand di sini. Program LASBELA ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG KPP (KASKEK) dan disertai oleh 10 orang kakitangan bersama ahli keluarga masing-masing.
Jabatan Rai Pelajar IPG Pulau Pinang Dalami Ilmu Geologi
KUALA PERLIS, 24 Februari 2013 - JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah meraikan kehadiran 60 orang pelajar dari Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang ke jabatan dalam rangka lawatan sambil belajar. Program lawatan ini dianjurkan oleh pendidik IPG sebagai usaha memberi peluang kepada para pelajar (bakal guru) meneroka ilmu geologi dengan lebih dekat dan juga syarat keperluan kurikulum IPG.