GOTONG-ROYONG MEGA DI JMG KELANTAN

6 JUN 2013 - Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan dengan jayanya telah melaksanakan 1 aktiviti Gotong-Royong Mega. Aktiviti tersebut bermula dari jam 9 pagi dan berakhir pada 9 jun 2013 iaitu selama 2 hari.

Semua kakitangan JMG Kelantan turut turun padang untuk melancarkan aktiviti ini. Gotong-royong banyak dilakukan dikawasan ruang legar pejabat dimana pengubahsuaian kabinet serta kedudukan dua orang pembantu kajibumi berubah dan pengosongan ruang untuk pemasangan almari bergerak untuk kegunaan pentadbiran.

Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan dan pegawai-pegawai yang ringan tulang untuk membantu serta menyumbang tenaga.

Written by : nurin