19 Januari 2016, Pengarah JMG Kelantan (Tuan Haji Nazan Bin Awang) telah turun padang bersama-sama Ketua Unit Geosains (Yusuf B. Bujang), Ketua Unit Pengurusan Maklumat ( Mohamad Yusof B Che Sulaiman), dan dua orang Pembantu Geosains iaitu Shahrilnnizam Samsudin dan Junor Yaacob.
Tujuan lawatan ke Loji Rawatan Air adalah untuk mengenalpasti tapak cadangan Telaga Explorasi Air Tanah. Telaga Explorasi digunakan untuk menentukan kedudukan lokasi pembinaan Telaga Tiub bagi membekalkan air ke Loji Rawatan air di Kemubu. Lawatan susulan akan diteruskan dari semasa ke semasa.