Hari Terbuka Wisma Persekutuan Kota Bharu

Pada 9 Disember 2012, Wisma Persekutuan Kota Bharu telah mengadakan hari Terbuka Wisma serentak dengan Karnival Koperasi Peringkat Negeri Kelantan dan Sambutan Maal Hijrah 1434H. Majlis dirasmikan oleh Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang turut diserikan dengan acara menyediakan bubur asura dan pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan badan-badan koperasi. Seperti biasa setiap tahun, JMG Kelantan tidak ketinggalan dalam menyediakan bubur asura yang melibatkan komitmen dari kesemua kakitangan JMG Kelantan.

Perhimpunan Bulanan, Sambutan Hari Inovasi 2012 & Majlis Perpisahan

Pada 29hb. November 2012, JMG Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan, Sambutan Hari Inovasi 2012 dan Majlis Perpisahan bertempat di Bilik Mesyuarat Feldspar, JMG Kelantan. Majlis perpisahan adalah untuk meraikan pertukaran En. Muhammad Umar Sarimal (KUPM) ke JMG Sabah dan En. Mohd Lazim Mohamed (TPSM) ke JMG Pahang di mana masing-masing telah berkhidmat selama 7 dan 17 tahun di JMG Kelantan. Warga JMG Kelantan mengucapkan selamat bertugas di pejabat baharu.

Taklimat Permodelan Lembangan Kelantan

KOTA BHARU, 21 November 2012 - Satu taklimat mengenai permodelan lembagan Kelantan telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Felspar, JMG Kelantan. Taklimat disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ismail Yusof dari Universiti Malaya mewakili Syarikat NWN Sdn. Bhd yang telah dilantik untuk menjalankan kajian tersebut di bawah Aktiviti Hidrogeologi. Kandungan taklimat adalah berkisar kepada hasil kajian yang telah dijalankan oleh pihak kontraktor menggunakan aplikasi perisian Groundwater Vista Version 5.0.

Sambutan Hari IT Bil 4/2012 JMG Kelantan

31 Oktober 2012 (Rabu) - Tepat jam 9.40 pagi Sambutan Hari IT JMG Kelantan Bil 4/2012 telah diadakan di bilik Mesyuarat Feldspar tingkat 9, Jabatan Mineral Dan Geosains. Hari IT JMG Kelantan kali ini disampaikan oleh Encik Ahmad Rosli Bin Othman, Pegawai Kajibumi (C41) dengan tajuk "Penentuan Lokasi Dalam ArcGIS Untuk Ulasan OSC" dengan dua (2) kaedah iaitu Kaedah menukarkan data GPS Garmin (MapSource) kepada shapefile (ArcGIS) dan Kaedah menentukan titik koordinat Cassini dalam ArcGIS.

Baca selanjutnya