Pada 9 Disember 2012, Wisma Persekutuan Kota Bharu telah mengadakan hari Terbuka Wisma serentak dengan Karnival Koperasi Peringkat Negeri Kelantan dan Sambutan Maal Hijrah 1434H. Majlis dirasmikan oleh Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang turut diserikan dengan acara menyediakan bubur asura dan pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan badan-badan koperasi. Seperti biasa setiap tahun, JMG Kelantan tidak ketinggalan dalam menyediakan bubur asura yang melibatkan komitmen dari kesemua kakitangan JMG Kelantan.