KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG KELANTAN YANG BARU DENGAN DATO' SUK

27 November 2013 bersamaan 23 Muharram 1435H, Pengarah JMG Kelantan Tuan Haji Che Abdul Rahman Jaafar, En. Mohamed Hizam Bin Abdul Kadir TP(L&K),  dan En. Ab. Rashid Bin Ahmad TP (Geosains) telah membuat satu kunjungan hormat bersama Dato' SUK Negeri Kelantan YB Dato' Dr. Zainuddin Bin Hj. Ibrahim bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Dalam pertemuaan tersebut, Pengarah JMG kelantan telah memberi sedikit penerangan berkaitan fungsi Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia terutama JMG Negeri Kelantan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan sektor mineral serta sumbangan JMG Negeri Kelantan kepada kerajaan negeri selama ini. Pengarah JMG juga turut menyumbangkan sedikit cenderahati kepada Dato' SUK.

Written by : nurin