GUA MUSANG, KELANTAN 2 APRIL 2019 (SELASA) - Pemeriksaan bersepadu agensi teknikal telah dibuat ke atas lombong mangan di Aring 5, Gua Musang pada 2 April 2019. Agensi teknikal yang terlibat terdiri daripada Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan diketuai oleh Pengarah JMG Kelantan, Tuan Hj. Che Abdul Rahman bin Jaafar dan Jabatan Alam Sekitar Kelantan diketuai oleh Pengarah JAS Kelantan, Encik Hamzah bin Mohamad. Lawatan ini bertujuan memantau operasi perlombongan mangan dan kesannya terhadap pencemaran sungai-sungai yang terletak berhampiran dengan aktiviti perlombongan tersebut. Hasil daripada lawatan dan pemerikasaan tersebut beberapa arahan lisan telah dikeluarkan kepada pihak pelombong bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang semasa yang dikuatkuasakan
http://blog.jmg.gov.my/jmg-kelantan/lawatan-pemeriksaan-bersepadu-pengarah-jmg-kelantan-dan-pengarah-jas-kelantan-ke-lombong-mangan-di-aring-5-gua-musang#sigProIdef16e664e5