PROGRAM KESEDARAN GEOPARK

PROGRAM KESEDARAN GEOPARK

𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑲𝑬𝑺𝑬𝑫𝑨𝑹𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑷𝑬𝑵𝑻𝑰𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑮𝑬𝑶𝑻𝑨𝑷𝑨𝑲 (𝑲𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑲𝑺 𝑮𝑼𝑨 𝑰𝑲𝑨𝑵, 𝑫𝑨𝑩𝑶𝑵𝑮) 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑺𝑬𝑲𝑶𝑳𝑨𝑯 𝑨𝑵𝑮𝑲𝑨𝑻 𝑺𝑻𝑶𝑵𝑮 𝑮𝑬𝑶𝑷𝑨𝑹𝑲

 

Pada 21 Ogos 2024, Seramai 35 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Melintang (SKBM) yang merupakan sekolah angkat Stong Geopark menyertai Program Kesedaran Kepentingan Geotapak (Kompleks Gua Ikan, Dabong) anjuran Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan dengan kerjasama UPEN Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Jeli, Majlis Daerah Dabong dan Geoguide Dabong yang berlangsung di Kompleks Gua Ikan, Gua Keris dan Gua Pagar, Dabong.

Program dimulakan dengan taklimat pengenalan Stong Geopark dan kepentingan geotapak oleh Pegawai Geosains JMG Kelantan, En. Razaidi Shah bin A Kadir. Para pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan beserta Geoguide Dabong dan seterusnya memulakan aktiviti meneroka keunikan Kompleks Gua Ikan untuk mempelajari formasi batuan dan fitur – fitur menarik yang ada disini. Pelajar juga dibawa ke Gua Keris bagi mempelajari Sejarah penempatan awal yang pernah mendiami tempat itu.

 

Pada 26 Ogos pula, seramai 40 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong juga merupakan sekolah angkat Stong Geopark menyertai Program Kesedaran Kepentingan Geotapak anjuran Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan dengan kerjasama UPEN Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Jeli, Majlis Daerah Jeli dan Geoguide Jeli yang berlangsung di Gunung Reng, Jeli.

 

Program ini bertujuan memberi pendidikan awal kepada pelajar-pelajar sekolah tentang Stong Geopark dan Geotapak serta kepentingan memelihara dan memulihara alam dan geologi terutama di dalam wilayah Stong Geopark. Program ini dilihat sangat positif bagi mendidik generasi muda terhadap kepentingan menjaga alam.

Urusetia program mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Batu Melintang dan SMK Dabong dan semua yang terlibat bagi menjayakan program kali ini.