Program Purple Walk dan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2014 Peringkat Negeri Kelantan

6

25 Mei 2014 - KOTA BHARU, Kira-kira 1,000 orang menyertai program ’Purple Walk’ Peringkat Negeri Kelantan bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2014, yang bertema ’Equality for Women is Progress for All’.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata, program itu berkonsepkan santai dengan membabitkan wanita bersama anggota keluarga dan dilaksana secara serentak di seluruh negara.

"Acara berjalan kaki dengan jarak 1.2 kilometer ini bertujuan untuk kita merai pencapaian wanita dari segi sosial, politik dan ekonomi di samping menarik perhatian dunia berkaitan cabaran yang dihadapi wanita".

"Kita menggalakkan penglibatan wanita dan anggota keluarga dalam aktiviti seperti ini supaya mereka dapat menjalin dan memperkukuh hubungan sesama anggota keluarga dan kita mahu melihat keceriaan dalam keluarga di samping menjalankan tugas harian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di Taman Perbandaran Tengku Anis hari ini.

Beliau berkata, pemilihan tema bagi sambutan itu turut membuktikan bahawa aspek kesamarataan membolehkan mereka memberi sumbangan dalam pelbagai bidang yang diceburi. 

Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan juga turut menghantar penyertaan seramai 3 orang yang diwakili oleh Siti Nazhirah Bt Ilias, Nur Asikin Bt Rashidi dan Nurina Bt Jusoh. Selain daripada acara Berjalan kaki dan senamrobik, terdapat juga acara pameran, jualan amal serta persembahan daripada silat cekak Malaysia dan persembahan nyanyian daripada band KB Buskers.

1Antara peserta sedang menyertai aktiviti senamrobik

2

Orang Awam serta peserta dari badan-badan swasta juga turut menghantar penyertaan mereka.

3

Instraktor senamrobik jemputan turut dibantu oleh 5 orang di atas pentas.

4

Siti Nazhirah Ilias terpilih daripada 5 orang peserta bertuah sebagai peserta yang berpakaian mengikut tema serba purple. Hadiah ditaja oleh AVON.

5

Suasana dipersekitaran pentas utama.

Written by : nurin