SELAMAT DATANG PENGARAH BARU CHE ABDUL RAHMAN B JAAFAR KE JMG KELANTAN

Selamat datang diucapkan kepada Tuan Haji Che Abdul Rahman Bin Jaafar merangkap Pengarah Negeri JMG Kelantan yang mula melapor diri di sini pada 06 November 2013. Beliau dinaikkan pangkat dari Gred C48 kepada Gred C52. Kami warga JMG Kelantan mengucapkan tahniah kepada Tuan.

Beliau telah mempengerusikan Perhimpunan Bulanaan JMG Kelantan bil 11/2013 buat pertama kalinya. Dalam perutusan beliau kali ini tidak banyak yang diutuskan hanya beberapa peringatan berkenaan SKT & LNPT Tahun 2013, Kursus 7 hari dalam setahun, Kajian Kepuasan Pekerja 1 NRE serta Makluman tentang pemilihan Opsyen Penggabungan Perkhidmatan Galian, Kimia Bumi Dan Kajibumi kepada Perkhidmatan Geosains Di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia mengikut Pekililing Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2013 yang bertarikh 29 Oktober 2013, dan juga tentang cadangan perpindahan pejabat JMG tingkat 9 ke Tingkat 3.

Kami kakitangan JMG Kelantan juga mengucapkan selamat bertugas kepada Tuan Haji dan Semoga diberkati..Sepertimana harapan beliau terhadap JMG kelantan...

  • Perjalanan urusan pejabat berjalan dengan lancar dan sempurna
  • Suasana kerja yang hamoni dan berkerja secara berpasukan
  • Mematuhi segala peraturan pejabat
  • Sentiasa menerapkan nilai sayang kepada pejabat (tempat kita mencari rezeki)

Written by : nurin