Pada 19 Oktober 2016, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan seramai 45 orang pelajar dan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Para pelajar dan pensyarah dibawa melawat ke Galeri PPM dan telah diberi taklimat mengenai perjalanan organisasi dan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dilaksanakan di PPM oleh En Aminudin bin Mahmud, Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP).
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan di PPM. Mereka menunjukkan minat yang amat tinggi dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan ini, terutamanya penyelidikan teknologi berasaskan batuan.
Sebagai satu-satunya pusat penyelidikan dalam bidang mineral di negara ini, PPM sentiasa bersedia untuk berkongsi pengalaman, teknologi serta R&D yang dijalankan di PPM. Di ruangan ini, PPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesudian mengadakan lawatan sambil belajar ke PPM.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/2016-10-21-14-58-43#sigProId964a813bce