Hasil Inovasi PPM Berjaya Berada di Kedudukan 20 Terbaik Peringkat Kebangsaan

Hasil Inovasi PPM Berjaya Berada di Kedudukan 20 Terbaik Peringkat Kebangsaan

Hasil inovasi dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) yang bertajuk “Simple and Cost Effective Method of Producing Paper with Addition of Filler, High Impact and Sustainable to Malaysia” telah terpilih sebagai salah satu pemenang saguhati (Top 20) bagi Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan iaitu NBOS Competition 2016 yang merupakan salah satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ia dikendalikan sepenuhnya oleh Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).

Sejumlah 2000 hasil inovasi dari pelbagai sektor industri, kerajaan dan swasta telah menyertai pertandingan ini. Sebanyak 20 penyertaan telah disenaraipendek dan dijemput untuk membentangkan inovasi masing-masing di MaGIC, Cyberjaya pada 18 Oktober 2016 dan hasil inovasi dari PPM juga telah terpilih. Dengan kejayaan ini, Pejabat Pembangunan Keusahawan Nasional (NEDO), Kementerian Kewangan Malaysia, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah atas penyertaan PPM, JMG dalam NBOS Competition 2016 ini. Dr Rohaya dan pasukannya telah dianugerahkan sijil penghargaan dan hadiah wang tunai sebanyak RM500.

Seluruh warga PPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada pasukan rekacipta ini dan semoga kejayaan mereka ini menjadi pemangkin kepada warga PPM yang lain untuk terus melakar kejayaan dalam penyelidikan masing-masing.

Written by : ezulia