SEMINAR PENGURUSAN PERSARAAN BPT

SEMINAR PENGURUSAN PERSARAAN BPT

Ipoh, 16 Mac 2018:   AKRAB Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menganjurkan SEMINAR PENGURUSAN PERSARAAN BPT.  Tujuan seminar adalah  untuk memberi kefahaman yang jelas kepada bakal-bakal pesara agar bersedia dari aspek psikologi dan emosi dalam menetapkan matlamat persaraan  di samping menjelaskan pengurusan dan perancangan kewangan yang berkesan menjelang hari persaraan kelak.

Seminar ini telah dirasmikan oleh En. Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Lombong Kuari mewakili Pengarah Perkhidmatan Teknikal, Dato' Hj Mohd Za'im bin Abdul Wahab. Penceramah jemputan adalah En Azril bin Wanchik, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bahagian Pasca Perkhidmatan.   Sasaran kehadiran adalah seramai 100 orang dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, bukan sahaja dari BPT tetapi turut disertai oleh rakan-rakan dari JMG Perak (10 orang), Pusat Penyelidikan Mineral (10 orang) dan Jabatan Kimia (10 orang).

Berikut  adalah jadual program  :Antara topik yang dibincangkan adalah:
1.    Skim pencen sektor awam : isu, peluang dan cabaran
2.    Faedah-faedah persaraan (kiraan ganjaran), GCR, pencen, kemudahan perubatan dan persediaan dokumentasi persaraan
3.    Faedah-faedah terbitan (faedah yang bakal dinikmati oleh pasangan / waris / tanggungan)

Rata-rata peserta telah menyatakan rasa puas hati atas penganjuran seminar ini kerana penceramah berjaya menarik minat dan telah menyampaikan input berkaitan dengan begitu berkesan. Seminar tamat pada jam 4.30 petang.

Written by : zahar