The 3rd International Workshop On CCOP-Geoinformation Sharing Infrastructure for East and South Asia (GSi) Project

The 3rd International Workshop On CCOP-Geoinformation Sharing Infrastructure for East and South Asia (GSi) Project

LANGKAWI, KEDAH - Satu kerjasama antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Coordinating Committee For Geoscience Programmes In East and Southeast Asia (CCOP) telah menganjurkan satu bengkel iaitu The 3rdInternational Workshop On CCOP-Geoinformation Sharing Infrastructure for East and South Asia (GSi) Project pada 17-21 September 2018 di Aseania Resort & SPA, Langkawi, Kedah.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi perkongsian dan kepakaran negara maju untuk meningkatkan kepakaran negara-negara ahli CCOP ( termasuk Malaysia) dalam bidang pembangunan sistem perkongsian data bersepadu geoinformasi mengikut piawaian antarabangsa dan aplikasi penggunaan perisian open source dalam kalangan negara-negara ahli CCOP.

17 September- Ketibaan para peserta dari negara-negara ahli CCOP, Sekretariat dan JMG Malaysia. Antara negara-negara yang terlibat : Thailand, Jepun, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Myammar, Republik Korea, Papua New Guinea, Fillipina, Vietnam dan Malaysia.

18 September- Pendaftaran para peserta dan majlis pembukaan yang dirasmikan oleh Pengarah CCOP-TS dan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) yang turut disertai oleh wakil dari LADA, Cik Rasanubari Asmah Rahmah. Seterusnya pembentangan laporan kemajuan oleh kedua-dua fasilitator iaitu Dr Shinji Takarada dan Dr Joel Bandibas serta wakil negara-negara ahli CCOP yang lain. Pada sesi malam, satu “welcome dinner” yang ditaja oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) diadakan bagi menyambut kedatangan para peserta delegasi CCOP-MC dan peserta JMG.

19 September- Kursus mengenai sistem latihan GSi yang dikendalikan oleh Dr Joel Bandibas dan diikuti oleh perbincangan strategi masa hadapan oleh Dr Shinji Takarada dan Joel Bandibas. Pada sesi malam, telah diadakan satu majlis “farewell dinner” yang telah ditaja oleh CCOP yang turut dihadiri oleh wakil LADA, En Azmil Munif Bukhari.

20 September- Satu lawatan lapangan telah dijalankan di sekitar Langkawi UNESCO Global Geopark iaitu Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba. Pengangkutan bot telah disediakan oleh pihak LADA sebagai penganjur bersama bagi program ini. Pada sebelah petang pula, satu sesi “free and easy” telah diadakan, dimana para peserta dibawa melawat dan bergambar di Pekan Kuah dan Dataran Lang.

21 September- Keberangkatan pulang para peserta dan CCOP-TS.

Sila layari Facebook Rasmi JMG untuk melihat album menerusi pautan https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10161150839275422&type=1&l=3b28ff3aa4

Sumber: Encik Muhammad Mustadza bin Mazni

Written by : shafiqfarhan