MESYUARAT LEMBAGA EDITOR JABATAN BIL 3/2018

 MESYUARAT LEMBAGA EDITOR JABATAN BIL 3/2018

KOTA KINABALU, SABAH (11 OKTOBER 2018) : KHAMIS, Lembaga Editor Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu mesyuarat pada 9 Oktober 2018 bersamaan hari Selasa di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) En. Kamal Daril. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JMG Malaysia, Pengarah JMG Sarawak, Pengarah JMG Sabah. Mereka adalah En. Kamal Daril (TKP), En. Mohd. Yusop bin Ramli (Pengarah JMG Sabah), En. Enggong Anak Aji (Pengarah JMG Sarawak), En. Badzran bin Mat Taib (Pengarah Cawangan Perancangan dan Pengurusan), En. Wan Saifulbahri Wan Mohamad (Pengarah Cawangan Pengurusan Maklumat), En. Nizarulikram bin Abdul Rahim ( TP Cawangan Penyelarasan dan Pelaksanaan Operasi), En. Yusari Basiran (Ketua Penolong Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral), Pn. Brendawati binti Ismail (Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Maklumat), Pn. Norshakira binti Ab. Ghani (Pegawai Geosains), En. Zamri bin Ramli ( Pegawai Geosains Kanan Geologi Kejuruteraan), Dr. Sia Say Gee, Dr. Frederick F. Tating, En. Bailon Golutin dan En. Ebahrim Bedin. En. Ebahrim turut hadir dalam mesyuarat kali ini bagi membantu dalam menyunting beberapa perkara dalam peta seismik.

Mesyuarat kali ini membincangkan bajet bagi pengeluaran bahan terbitan JMG Malaysia juga peta-peta seismik serta membincangkan perkara-perkara yang perlu di masukkan dalam peta dan laporan perlu diterbitkan mengikut garis panduan yang telah disediakan sendiri oleh LEJ. Urusetia bertugas dibawah Unit Pengurusan Maklumat JMG Sabah (Pn. Lena Angie, Pn. Margaret Stephen Mozimin dan Pn. Suriani binti Ramlee)

 

Written by : Suriani Ramlee