IPOH, 29 Oktober 2018: Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah menganjurkan kursus bersama dengan Perkin Elmer pada 29-30 Oktober 2018. Kursus bertujuan memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri dari kakitangan JMG, swasta dan universiti. Seramai 25 peserta telah mengambil bahagian di dalam kursus ini. Kursus telah disampaikan oleh Pn. Katrina Ng daripada Perkin Elmer, Subang Jaya.
Bengkel Laser Ablation ICPMS diteruskan pada 31 Oktober 2018 sebagai kesinambungan kepada kursus sebelumnya. Untuk kursus ini, peserta terdiri dari semua kakitangan Makmal BPT, Makmal Geokimia Sabah, Sarawak dan Kuantan. Peserta diberi peluang untuk menggunakan sendiri Laser Ablation ICPMS untuk analisis Rare Earth Element (REE).
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/2018-11-01-06-22-14#sigProId3e38a1c999