GOTONG ROYONG PERDANA JMG SABAH BIL. 3/2018

GOTONG ROYONG PERDANA JMG SABAH BIL. 3/2018

KOTA KINABALU, SABAH (12 DISEMBER 2018) : RABU, Jawatankuasa Keceriaan dan Keindahan Pejabat, JMG Sabah yang dipengerusikan oleh En. Mazuan bin Roslan telah mengadakan satu gotong royong perdana pada hari ini 12 Disember 2018 (Rabu). Gotong –royong ini merupakan gotong-royong yang terakhir dalam tahun 2018.

Selain mencantikkan dan mengindahkan pemandangan luar pejabat, tujuan gotong royong ini adalah bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan memguatkan hubungan kekeluargaan sesama warga JMG Sabah tanpa mengira jawatan dan pangkat masing-masing. Warga JMG Sabah sama-sama berganding bahu membanting tulang dalam membuat pembaikan di mana-mana ada kerosakan dan membersihkan kawasan-kawasan sekeliling.

Sumber foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee, En. Morius Bantas, En. Arthur Leo dan Pn. Suriani Ramlee

Written by : Suriani Ramlee