Mesyuarat Kumpulan Kerja Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) telah diadakan pada 24 Mei 2019 bertempat di Bilik Garnet, JMG Ibupejabat. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg Datuk KP JMG dan dihadiri oleh ahli kumpulan daripada 18 jabatan/agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi dan pakar yang terlibat dalam pengurusan cerun.
Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan pelan tindakan dan status kemajuan Kumpulan Kerja PBRC PICN serta penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Bencana Tanah Runtuh Negara. Hasil mesyuarat ini, dua (2) committe akan dibentuk bagi melaksanakan skop kerja seperti yang digariskan dalam pelan tindakan dan KPI Kump PBRC PICN.
View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/2019-05-29-00-51-47#sigProId8706babe67
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/2019-05-29-00-51-47#sigProId8706babe67