KOTA KINABALU, SABAH (28 JANUARI 2020): ISNIN, Hari ini merupakan hari penyerahan tugas akhir En. Paulius Godwin sebagai Pengarah JMG Sabah. Beliau menyerahkan tugas kepada En. Webster Wong Vui Chung yang akan menanggung jawatan sebagai Pengarah JMG Sabah berkuatkuasa pada tarikh hari ini 20 Januari 2020.
Manakala Dr. Frederick F. Tating menerima watikah tugas menanggung sebagai Ketua Unit Geosains yang baru juga berkuatkuasa pada tarikh hari ini 28 Januari 2020. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dapat digalas dengan baik dan penuh dedikasi.
Warga JMG Sabah mengucapkan syabas buat mereka dan ucapan Selamat Hari Lahir serta selamat menikmati hari persaraan buat En. Paulius Godwin.
Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/2020-01-30-05-30-01#sigProIdceaa335dff