LATIHAN PENGEPAMAN TELAGA PASUKAN TASKFORCE KEBAKARAN GAMBUT JMG JOHOR

LATIHAN PENGEPAMAN TELAGA PASUKAN TASKFORCE KEBAKARAN GAMBUT JMG JOHOR
Mersing & Pengerang, 26-30 September 2022 - JMG Johor telah menjalankan latihan pengepaman telaga bagi melatih ahli pasukan taskforce kebakaran gambut JMG Johor sebagai persiapan bagi menghadapi kebakaran tanah gambut.
 
Latihan ini telah diadakan di kawasan telaga Parit Sembilan, Mersing dan Kg Lepau III, Pengerang.
 
Sumbangan artikel : FB @Jmg Johor

PAMERAN JMG PERAK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN TASEK SEMPENA MINGGU STEM (SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, MATHEMATICS)

PAMERAN JMG PERAK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN TASEK SEMPENA MINGGU STEM (SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, MATHEMATICS)

04 Oktober 2022 : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah dijemput sebagai pempamer bagi Minggu STEM di SMK Jalan Tasek, Ipoh. JMG Perak membawa sample batu dan mineral serta mempromosikan Geopark Lembah Kinta dan Geopark Lenggong. Selain JMG Perak, terdapat banyak booth dari agensi lain seperti Jabatan Kimia, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Management & Science University (MSU), UniKL RCMP, Institut Latihan Perindustrian Ipoh, Kolej Komuniti Sungai Siput, Politeknik Ungku Omar, FutureLab Damansara, Fantastic Pastry Culinary Art, IKM Lumut dan beberapa agensi lain.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 10/2022

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 10/2022

SHAH ALAM, 04 Oktober 2022 - Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober 2022 telah berlangsung di JMGSWP tepat pada pukul 9.00 pagi dan pada majlis kali ini Tuan Pengarah JMGSWP, Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed diperkenalkan kepada warga jabatan justeru menyampaikan ucapan dan amanat kali pertama beliau selaku Pengarah Negeri Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan.