IPOH, 20 Sept- Ketua Cawangan Teknologi Pemperosesan Mineral, Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Dr. Ismail Bin Ibrahim merasmikan Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) WOW dan Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Dewan Seminar PPM hari ini.
Bulan Kesedaran MS ISO9001:2015
Program Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015 telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan, Dr Nazwin binti Ahmad.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersempena program ini adalah:
1) Taklimat ‘Kesedaran dan Kefahaman MS ISO 9001:2015’
Penceramah: Pn Roshaida bt Arbain
2) Taklimat Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD)
Penceramah: Ts. Dr. Hjh Emee Marina bt Salleh
3) Taklimat Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM)
Penceramah: En Anuar bin Othman
4) Taklimat Latihan Kakitangan
Penceramah: Pn Hjh Marlinda bt Daud
Seramai 50 staf telah menyertai program ini yang bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap standard MS ISO 9001:2015 dan menambahkan kefahaman berkenaan standard MS ISO 9001:2015.