LAWATAN TAPAK KAWASAN PELAKSANAAN PROJEK PERINTIS MINERAL UNSUR NADIR BUMI BUKAN RADIOAKTIF (NR-REE) DI ATAS TANAH MILIK PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK.

LAWATAN TAPAK KAWASAN PELAKSANAAN PROJEK PERINTIS MINERAL UNSUR NADIR BUMI BUKAN RADIOAKTIF (NR-REE) DI ATAS TANAH MILIK PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK.

13hb Oktober 2022 (Khamis) – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal kepada Jawatankuasa Bersama Projek Perintis Mineral Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (nr-ree) telah bersetuju untuk mengadakan lawatan tapak di atas kawasan pelaksanaan Projek Perintis Mineral NR-REE di atas tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

TAKLIMAT EKSPLORASI GEOKIMIA DAN LATIHAN MENDULANG DI KAWASAN SG. CHERAS, TAPAH, PERAK

TAKLIMAT EKSPLORASI GEOKIMIA DAN LATIHAN MENDULANG DI KAWASAN SG. CHERAS, TAPAH, PERAK

20hb Oktober 2022 (Khamis) – Unit Sumber Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak telah mengadakan Taklimat Eksplorasi Geokimia dan Latihan Mendulang di kawasan Sg. Cheras, Tapah, Perak. Taklimat ini telah diberi oleh Pegawai Geosains yang berpengalaman dalam Sumber Mineral iaitu En Mahat bin Hj. Sibon.

Baca selanjutnya

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM BAGI DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) BANDAR BATU ARANG, DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN DAN PERASMIAN GALERI PAMERAN "GOMBAK - HULU LANGAT GEOPARK"

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM BAGI DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) BANDAR BATU ARANG, DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN DAN PERASMIAN GALERI PAMERAN "GOMBAK - HULU LANGAT GEOPARK"

GOMBAK, 21 Oktober 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah dijemput oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyertai  Majlis Pelancaran "Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Batu Arang, Daerah Gombak Selangor Darul Ehsan" serta Majlis Perasmian Galeri Batu Arang, Gombak – Hulu Langat Geopark.  Majlis Pelancaran dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari (YAB Dato’ Menteri Besar Selangor) sementara  penerangan pameran galeri disampaikan oleh Tuan Pengarah JMGSWP , Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed.

LAPORAN PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER

LAPORAN PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER

Laporan Ringkas Perhimpunan Bulan September 2022 JMG Terengganu

 

Unit Geosains, JMG Terengganu telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulan September 2022 JMG Terengganu pada jam 9.00 pagi, hari Khamis, 22 September  2022 di Bilik Kasiterit.

Perhimpunan bulanan dipengerusikan oleh En. Muhammad Zulhanis bin Hassan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh En. Wan Mohd Khalis bin Wan Mohd Tajuddin diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri – Selamat Sultan  serta lagu Perkhidmatan awam dan seterusnya lafaz  ikrar integriti penjawat awam yang diketuai oleh Pn Salehaton binti Sulaiman.

Majlis diteruskan dengan tayangan montaj aktiviti bulan September bagi setiap Unit JMG Terengganu dan diikuti tayangan montaj Program Geoguide Aspiring Kenyir Geopark 2022 dan seterusnya ucapan bulanan Pengarah JMG Terengganu oleh Pn. Habibah binti Tahir yang telah menyampaikan pesanan dari Ibu Pejabat di dalam perutusannya. Selain itu beliau turut menekankan kepentingan saling bekerja sama dalam menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan serta sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas kepada semua  kakitangan JMG Terengganu.

Pengisian perhimpunan bulanan kali ini kemudiannya diteruskan dengan pertandingan kuiz Kahoot sempena sambutan Hari Malaysia 2022. Pertandingan kuiz tersebut telah disertai oleh dua puluh (20) kakitangan sahaja secara atas talian dan telah dimenangi oleh Pn. Noorazlina binti Abdullah, En Zaki bin Alias dan En Wan Ashri bin Wan Husain. Hadiah untuk peserta telah disampaikan oleh Pengarah JMG Terengganu.

Majlis disambung semula selepas berhenti rehat seketika dengan slot Ceramah Kesihatan yang bertajuk Pengurusan Stress Di Tempat Kerja Oleh Dr. Nurakmal binti Samsuddin, Pegawai Perubatan daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu. Selain itu, sesi tersebut turut diisi dengan acara pameran kesihatan dan ujian minda sihat.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan sebelum majlis bersurai untuk jamuan makan tengah hari pada pukul 1.00 petang.

Secara keseluruhannya, Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2022 telah berjaya dijalankan dengan baik dan telah mencapai matlamat yang ditetapkan.

 

Kredit Pn. Salehaton Sulaiaman

PEMANTAUAN CERUN KRITIKAL DAN BERISIKO RUNTUH DAERAH DUNGUN

PEMANTAUAN CERUN KRITIKAL DAN BERISIKO RUNTUH DAERAH DUNGUN
Pegawai Geosains bersama Pembantu Geosains telah melakukan lawatan tapak bagi pemantauan cerun kritikal dan berisiko runtuh di dalam kawasan Majlis Perbandaran Dungun.
 
Terdapat dua (2) lokasi yang berpotensi kritikal dan berisiko runtuh iaitu Taman Seberang Murni, Kg. Seberang Pintasan Dungun dan Kampung Kubang Miang, Mukim Kuala Dungun.
 
Lawatan ini juga turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Dungun pada 13 Oktober 2022 Yang lalu.