Pameran di SMK Rantau Abang, Dungun

JMG Malaysia Terengganu telah dijemput mengadakan pameran di SMK Rantau Abang, Dungun sempena sambutan Hari Alam Sekitar pada 22 April 2017. Program sambutan Hari Alam Sekitar tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, turut dijayakan oleh pelbagai agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan sebagainya.

MAJLIS PERPISAHAN PUAN MANIR MARWAN

Puan Hajah Manir binti Marwan yang berkhidmat sebagai Penolong Juru Ukur di JMG Malaysia Terengganu (JMG TGG) dijadualkan bersara wajib pada 23 Mac 2017. Sehubungan itu, JMG TGG dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) meluangkan masa mengadakan majlis perpisahan bagi meraikan dan menghargai sumbangan beliau sewaktu berkhidmat di sini. Majlis tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kasiterit, JMG TGG pada 2 April 2017. Beliau berkhidmat di JMG TGG sejak tahun 2005.

Seluruh warga JMG Malaysia Terengganu merakamkan ucapan terima kasih dan Selamat Bersara kepada Puan Hajah Manir binti Marwan.

Majlis Perpisahan untuk Tuan Hj Che Abdul Rahman Jaafar

JMG Malaysia Terengganu menyaksikan kehilangan seorang lagi pegawai kanan. Timbalan Pengarah JMG Malaysia Terengganu, Tuan Hj Che Abdul Rahman Jaafar menerima perlantikan sebagai Pengarah dan di tempatkan di JMG Malaysia Kedah/ Perlis/ Pulau Pinang (JMG KPP). Beliau dijadualkan melaporkan diri di pejabat JMG KPP pada 1 Mac 2017. Majlis perpisahan bagi meraikan beliau telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kasiterit, JMG Malaysia Terengganu pada 27 Februari 2017. Majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) adalah bertujuan menghargai sumbangan beliau selama berkhidmat di JMG Malaysia Terengganu. 

Seluruh warga JMG Malaysia Terengganu merakamkan ucapan Selamat Menjalankan Tugas di tempat baharu kepada Tuan Hj Abdul Rahman Jaafar.

 

Majlis ‘Jasamu Dikenang” Tahun 2017 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur

Majlis ‘Jasamu Dikenang” Tahun 2017 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur

Majlis ‘Jasamu Dikenang” Tahun 2017 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur telah diadakan di Hotel Zenith Kuantan, Pahang Darul Makmur. Majlis ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) bagi meraikan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Pahang yang telah dan bakal bersara serta yang bertukar ke negeri lain. Majlis ini juga diadakan bagi meraikan kakitangan yang telah mendapat Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang dianugerahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Baca selanjutnya

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG NSM KE PEJABAT SETIUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG NSM KE PEJABAT SETIUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 8 NOV : Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka (JMG NSM) yang baharu, Yang Berusaha Encik Joanes Muda telah membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus, YB Dato’ Seri Hj Mat Ali bin Hasan di pejabat beliau di Wisma Negeri, Negeri Sembilan.

Diharap kunjungan hormat ini dapat memantapkan kerjasama di antara Kerajaan Negeri Sembilan dan JMG.