BUKIT SELAMBAU, 6 November 2017 - Satu Kursus Pengendalian Dan Pemasangan Data Logger Telaga Air Bawah Tanah telah diadakan di telaga air tanah di Kampung Sungkup, Bukit Selambau, Kuala Muda.
JMG KPP terima kunjungan REKEY
ALOR SETAR, 6 November 2017 - Satu perbincangan berkaitan aktiviti pembangunan komuniti Jerai Geopark telah diadakan bersama-sama ahli Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (REKEY) dengan JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang.
Perbincangan Awal Penubuhan Geopark Perlis
ALOR SETAR, 3 November 2017 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang begitu teruja menerima kehadiran delegasi daripada Pejabat Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) Kerajaan Negeri Perlis, baru-baru ini.
Taklimat sistem maklumat geospartial terain dan cerun negara (NaTSIS)
Pada 03hb. November 2017, Satu Majlis Penerangan Sistem Maklumat Geospatial Terain dan Cerun Negara atau NaTSIS (National Terrain and Slope Geospatial Information System) hasil dari Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) beserta Majlis Penyerahan Komputer telah diadakan di JMGSWP.
Pihak-pihak berkepentingan yang terlibat sama adalah Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor dan Unit Pengurusan Bencana SUK Selangor.
Pengisian program adalah penerangan ke atas maklumat yang disediakan oleh NaTSIS dan tatacara penggunaan.
JMG KPP hadir Perhimpunan Penjawat Awam Kedah Bersama PM
ALOR SETAR, 2 November - Kakitangan JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah hadir ke Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Kedah Bersama Perdana Menteri Malaysia di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, Khamis lalu.