Kunjungan Hormat Pengarah JMG NSM ke Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Melaka

Kunjungan Hormat Pengarah JMG NSM ke Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Melaka

MELAKA, 7 NOV : Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka (JMG NSM) yang baharu, Yang Berusaha Encik Joanes Muda telah membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Seri Hj. Naim Bin Abu Bakar di Pejabat beliau di Seri Negeri, Melaka. 

Ini adalah kunjungan hormat yang pertama beliau sejak dilantik sebagai Pengarah JMG NSM bermula pada 16 Oktober 2017 yang lalu.

Kunjungan hormat ini diharap dapat memantapkan lagi jalinan kerjasama di antara Kerajaan Negeri Melaka dan JMG. 

Majlis Perpisahan En Abdul Hadi Abdul Rahman dan En Suhaimizi Yusof

Satu majlis perpisahan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kasiterit, JMG Malaysia Terengganu pada 9 Februari 2017 sempena pertukaran En Abdul Hadi dan En Suhaimizi. Majlis tersebut yang diadakan bersama Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) adalah bertujuan meraikan pegawai-pegawai berkenaan yang bertukar ke stesen lain dan menghargai sumbangan bakti yang telah ditabur di JMG Malaysia Terengganu selama berkhidmat di sini. En Abdul Hadi ditukarkan ke JMG Malaysia Selangor/ Wilayah Persekututan mulai 1 Mac 2017 sementara En Suhaimizi bertukar ke Ibu Pejabat JMG Malaysia mulai 15 Februari 2017. 

Seluruh warga JMG Malaysia Terengganu merakamkan ucapan Selamat Menjalankan Tugas di tempat baharu kepada En Abdul Hadi dan En Suhaimizi.

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT PENGARAH JAKOA JOHOR

muka depan jakoa 2017

Johor Bahru, 8 November 2017 - Berkesempatan mengadakan kunjunghormat ke Pejabat Pengarah JAKOA Negeri Johor telah memberikan tambahan pemahaman kepada Orang Asli dan JAKOA.

Isu bekalan air terawat ke perkampungan Orang Asli masih belum selesai. Walaupun sesetengah daripadanya telah dibina telaga tiub, namun disebabkan oleh kurangnya pemahaman ke atas pembangunan dan pengurusan sebuah telaga air bawah tanah, ia telah mengakibatkan sistem yang dibangunkan gagal berfungsi dengan baik. Malah memberikan perspektif tidak tepat kepada sumber air bawah tanah.

Baca selanjutnya

sesi perbincangan bersama kontraktor dan konsultan

sesi perbincangan bersama kontraktor dan konsultan

Pada 6hb. November 2017, Satu sesi perbincangan pra-projek dan post-projek telah diadakan bagi membincangkan status kemajuan projek. Perbincangan ini telah diterapkan dalam amalan JMGSWP bagi meningkatkan lagi kecekapan  penyampaian projek dan juga bertukar buah fikiran dengan pihak kontraktor dan konsultan dalam mencapai tujuan utama iaitu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Baca selanjutnya