PERHIMPUNAN BULANAN NOVEMBER 2018 JMG PAHANG

PERHIMPUNAN BULANAN NOVEMBER 2018 JMG PAHANG

Pada 26 November 2018, bersamaan hari Isnin, telah dijalankan Program Perhimpunan Bulanan Bil 10/2018 JMG Pahang. Program bermula pada pukul 9.30 pagi dengan semua kakitangan berkumpul di Bilik Ilmenite, JMG Pahang. Juruacara perhimpunan bulanan kali ini ialah En. Faridulazman b. Ismail, Penolong Pegawai Geosains Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Hj Ahmad Fadzil b. Sulaiman, Penolong Pegawai Geosains, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Pahang dan Lagu JMG Malaysia. Bacaan ikrar dibacakan oleh En Mohd Hairimy b. Abdul Rahim, Pembantu Operasi yang baharu berpindah ke JMG Pahang.

Baca selanjutnya

Pameran Artifak dan Bahan Sejarah Rasulullah SAW dan Para Sahabat Baginda RA di Kuantan, Pahang

Pameran Artifak dan Bahan Sejarah Rasulullah SAW dan Para Sahabat Baginda RA di Kuantan, Pahang

Kuantan, 26 November 2018 Masihi/18 Rabiul Akhir 1440 Hijrah. Satu Pameran Artifak dan Bahan Sejarah Peninggalan Rasulullah SAW dan Para Sahabat Baginda RA sedang diadakan di Dewan Baharu Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Kuantan. Bangunan ini merupakan bangunan baharu MPK yang terletak bersebelahan Perpustakaan Awam Pahang yang baharu di Jalan Kemunting dan berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM 3D-KL "GEOLOGICAL GROUND MODELLING WORKSHOP"

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM  3D-KL "GEOLOGICAL GROUND MODELLING WORKSHOP"

KUALA LUMPUR, Cheras, 7 November 2018 - Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) Yang Berusaha En. Kamal bin Daril telah merasmikan Program 3D-KL "GEOLOGICAL GROUND MODELLING WORKSHOP" bertempat di Cempaka Apartment Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel ini adalah merupakan kerjasama di antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan British Geological Survey dalam bidang teknikal dan perkongsian pengalaman dalam membangunkan Projek 3D-KL yang juga merangkumi aktiviti-aktiviti lawatan kajian ke kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur dan negeri Selangor dan dibantu oleh maklumat dan data-data geosains yang dibekalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL), Jabatan Kerja Raya(JKR) serta Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd.(MRT).

Majlis perasmian juga dihadiri Pengarah JMG Selangor/W. Persekutuan, En. Jontih Enggihon. Bengkel yang bermula pada tarikh 07 sehingga 23 November 2018 disertai oleh wakil-wakil daripada JMG, DBKL, JKR, MRT, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional.

Baca selanjutnya

PPM berjaya dalam pensijilan semula MS ISO 9001:2015

PPM berjaya dalam pensijilan semula MS ISO 9001:2015

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Ipoh - 16 November 2018. Tahniah diucapkan kepada PPM atas kejayaan yang amat bermakna apabila SPK MS ISO 9001:2015 PPM-JMG telah berjaya dalam pensijilan semula untuk 3 tahun yang akan datang. Audit yang dijalankan pada 14-16 November 2018 tersebut melibatkan ketua auditor SIRIM QAS iaitu Puan Meena Ragawan, serta pasukan ISO PPM.

PPM sebelum ini telah menjalani migrasi daripada MS ISO 9001:2008 kepada versi baru MS ISO 9001:2015 serta penambahan skop daripada Ujian Pemprosesan Bijih Timah (UPBT) kepada Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) iaitu melibatkan bijih timah, bijih besi, bijih emas dan pasir silika. PPM mula menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dari SIRIM pada Disember 2012 untuk skop Ujian Batu Dimensi (UBD), dan ditambah pula dengan kejayaan pensijilan semula MS ISO 9001:2015 pada tahun ini.

Baca selanjutnya

TAKLIMAT KAEDAH-KAEDAH KUARI JOHOR

TAKLIMAT KAEDAH-KAEDAH KUARI JOHOR

Johor Bahru, 8 November 2018 - Unit Pembangunan Lombong dan Kuari JMG Johor telah menganjurkan sesi seminar berkenaan "Kaedah-kaedah Kuari Johor 2016" yang diadakan di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru. Seramai 130 orang telah hadir dalam seminar berkenaan yang terdiri daripada ahli-ahli JQA (Johor Quarries Association), konsultan, agensi daripada jabatan teknikal dan PTD.

Baca selanjutnya

Majlis Perasmian Perpustakaan Awam, Pahang

Majlis Perasmian Perpustakaan Awam, Pahang

12 November 2018 (4 Rabiul Awal 1440 Hijrah). Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Pahang (PAP), Kuantan.

Baca selanjutnya

JMG JOHOR DI MINGGU SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UDA 2

JMG JOHOR DI MINGGU SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UDA 2

Johor Bahru, 13 November 2018 - Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Johor telah dijemput untuk membuat pameran di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, Bandar Baru Uda sempena aktiviti minggu sains sekolah tersebut.

Minggu Sains SK Bandar Uda 2 merupakan aktiviti tahunan yang diadakan tiap-tiap tahun bagi mengisi masa terluang pelajar-pelajar sekolah berkenaan selepas tamatnya peperiksaan akhir tahun. Dengan adanya aktiviti ini, ia dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar berkenaan geologi dalam kehidupan dan sedikit promosi berkenaan "Mersing Geopark".

Baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN GEOPARK PERINGKAT DAERAH MERSING

PROGRAM KESEDARAN GEOPARK PERINGKAT DAERAH MERSING

Mersing, 15 November 2018 - Pengiktirafan daerah ini sebagai tapak geopark pertama di Johor diharap bukan sahaja menjadikan Mersing sekadar persinggahan, malah turut menjadi lokasi pelancong meluangkan masa lebih lama di sini. Wakil Pegawai Daerah Mersing, Mohamed Afiq Zubir berkata, saban minggu ratusan pelancong berkunjung ke Pulau Tioman, sekali gus menjadikan daerah ini sebagai persinggahan.

Baca selanjutnya