PPM Menyertai Pameran IQM Conex 2018

PPM Menyertai Pameran IQM Conex 2018

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Ipoh – 12 November 2018. PPM sekali lagi telah mendapat jemputan untuk menyertai pameran sempena Institute of Quarrying Malaysia (IQM), Quarry Conference and Exhibition (IQM Conex 2018) pada 23 hingga 24 Oktober 2018 di Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya. Seramai 9 orang warga PPM yang terdiri daripada para pegawai penyelidik, pembantu penyelidik, pelukis pelan, dan pembantu operasi telah ditugaskan untuk mengendalikan pameran tersebut yang diketuai oleh Pn. Marlinda Binti Daud , Pegawai Penyelidik Kanan, PPM.

Baca selanjutnya

Program Tea Talk Bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sembilan

Program Tea Talk Bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sembilan

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, 8 NOVEMBER 2018 - Satu Program Tea Talk Bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sembilan oleh SPRM telah diadakan di Hotel Klana Resort, Seremban. Objektif adalah untuk mewujudkan jalinan kerjasama strategik disamping membincangkan halatuju dalam meningkatkan integriti pentadbiran awam di Negeri Sembilan. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut hadir dalam majlis tersebut.

Baca selanjutnya

Pembangunan Teknologi Rawatan AMD Secara Pasif - Ujian Column

Pembangunan Teknologi Rawatan AMD Secara Pasif - Ujian Column

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, IPOH 2018: Pasukan kerja Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari sedang menjalankan satu siri eksperimen ujian column di bawah Projek Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Hijau bagi Pemulihan Lombong – Pembangunan Teknologi Rawatan AMD (Acid Mine Drainage) secara Pasif. Kaedah rawatan pasif ini menggunakan campuran batu kapur dan bahan organik untuk merawat saliran lombong berasid. Sampel saliran lombong berasid diperoleh dari sebuah lombong bijih besi di Bukit Besi, Terengganu. Antara bahan-bahan organik yang diuji adalah tanah organik, sekam padi, habuk kayu dan kompos cendawan terpakai. Keputusan awal mendapati pH saliran lombong berasid mampu meningkat dari pH 2.5 sehingga pH 6.3 selepas dirawat menggunakan kaedah rawatan ini. Eksperimen ini dijangka berjalan selama sebulan.

Baca selanjutnya

Majlis Persembahan Tattoo Perdana

Majlis Persembahan Tattoo Perdana

BUKIT SERINDIT, MELAKA, 3 NOVEMBER 2018 - Satu Majlis Persembahan Tattoo Perdana Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-80 TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka telah diadakan Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, Melaka. Majlis itu dihadiri oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Binti Kassim. Majlis turut dihadiri oleh YAB Tuan Adly Bin Zahari, Ketua Menteri Melaka dan YABhg. Puan Dalilah Binti Awaludin. En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri majlis tersebut.

Baca selanjutnya

Majlis Bicara Eksekutif: Pengasingan Kuasa dan Garisan Neutraliti Penjawat Awam

Majlis Bicara Eksekutif: Pengasingan Kuasa dan Garisan Neutraliti Penjawat Awam

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, 2 NOVEMBER 2018 - Satu Majlis Bicara Eksekutif: Pengasingan Kuasa dan Garisan Neutraliti Penjawat Awam oleh YABhg. Tun Zaki bin Mohamed Azmi, Bekas Ketua Hakim Negara telah diadakan di Hotel Klana Resort, Seremban. Majlis itu turut dihadiri oleh YAB Tuan Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM bersama dengan Puan Siti Faridah binti Yusup (TPGS) dan Puan Norhayati binti Mohd Rawi (KUPM) turut hadir dalam majlis tersebut.

Baca selanjutnya