Ipoh, 10 Jan 2019: Hari ini JMG menerima kunjungan Dato' Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Kelantan bersama rombongan seramai 10 orang ke Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT dan Pusat Penyelidikan Mineral. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan analisis di makmal JMG khususnya yang berkaitan dengan analisis Rare Earth Element, REE. Mereka dibawa melihat makmal dan peralatan analisis.
Pemasyhuran Sultan Pahang
Daulat Tuanku
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Warga JMG Pahang merafak sembah menyembahkan ucap tahniah sempena permasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Sultan Pahang yang keenam.
Seluruh warga JMG Pahang dengan sembah takzim mendoakan semoga Allah S.W.T. mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang afiat, kebijaksanaan dan dalam penuh kemuliaan, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin bagi keseluruhan rakyat Negeri Pahang Darul Makmur, dengan penuh keberkatan di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbal 'Alamin, Allahu Akbar
Daulat Tuanku
PERTANDINGAN DART BEREGU K-GEO 2019
ALOR SETAR, KEDAH (15 JANUARI 2019): Membuka tirai 2019, Kelab Kebajikan Kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang (K-GEO) di bawah Biro Sukan Dan Rekreasi telah menganjurkan pertandingan dart beregu antara kakitangan yang bermula pada 07.01.2019 sehingga 10.01.2019.
SELAMAT DATANG KEPADA PENGARAH BARU, WAN SAIFULBAHRI BIN WAN MOHAMMAD
2 Januari 2019 - Kami Pegawai dan Kakitangan JMG Terengganu mengalu-alukan kedatangan pengarah baru, Tuan Wan Saifulbahri Bin Wan Mohammad yang telah melapor diri di pejabat ini pada 02 Januari 2019 lalu. Kami berharap dengan kehadiran Tuan dipejabat ini akan dapat mentransfomasi budaya kerja ke arah yang lebih cemerlang.