Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 24 Januari 2019. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah PPM, Tn. Hj. Md. Muzayin Bin Alimon serta Ketua Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK), Tn. Hj. Kori Bin Mohamad yang akan menamatkan perkhidmatan mereka sebagai penjawat awam pada hujung bulan ini. Di kesempatan ini, Pengarah telah menyampaikan ucapan terakhir beliau bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan yang telah diadakan pada 24 Januari 2019 bertempat di Dewan Seminar PPM.
Bengkel Perbincangan Lanjut Bahan Info Panel Dan Dossier Kinabalu Geopark
KOTA KINABALU, SABAH (16-18 Januari 2019). Satu bengkel/mesyuarat bagi memperincikan Bahan Info Panel Dan Dossier Kinabalu Geopark telah diadakan bertempat di Promenade Hotel Kota Kinabalu. Mesyuarat dengan objektif untuk melengkap, memperinci dan seterusnya memuktamadkan panel info dan Dossier untuk Penilaian Geopark. Bengkel dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan yang terdiri dari Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo, Prof. Dr. Che Aziz Ali,Prof. Dr. Felix Tongkul dari UMS, kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Sabah dan Kakitangan Taman-Taman Sabah.
Foto : Taklimat oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo
MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK PEMBANGUNAN RMK Ke-11 (SUMBER MINERAL DAN GEOSAINS) BIL. 1/2019
SHAH ALAM, SELANGOR (25 JANUARI 2019) : JUMAAT, Ibupejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu mesyuarat Penyelarasan Projek Pembangunan RMK Ke-11 (Sumber Mineral dan Geosains) Bil. 1/2019 selama enam (6) hari bermula pada 21hb Januari 2019 dan berakhir pada 26hb Januari 2019 yang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.
Majlis Santapan Diraja
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN (18 JANUARI 2019): Pada 18 Januari 2019, satu sempena dengan Hari Keputeraan Ke-71 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah diadakan di Klana Resort, Seremban. Majlis itu dihadiri oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan tetamu-tetamu kenamaan. En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri majlis tersebut.
BENGKEL MODUL SEBUTHARGA DAN TENDER e-PEROLEHAN BAHARU
IPOH, PERAK (22 JANUARI 2019) : SELASA, Ibupejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu Bengkel Modul Sebutharga dan Tender e-Perolehan Baharu Edisi Pengguna Kerajaan 2019 di Makmal Komputer, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Ipoh, Perak, selama 3 hari bermula hari ini 22 Januari 2019 dan berakhir pada 24 Januari 2019.