MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT ANJURAN KESKET

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT ANJURAN KESKET

12 Disember 2018 - Majlis bacaan yassin dan doa selamat telah diadakan di Pejabat JMG Terengganu. Majlis ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim sesama pegawai dan kakitangan disamping menghadiahkan doa-doa kepada kedua ibubapa, sanak-saudara, anak-anak dan sahabat-handai sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh mereka dalam golongan hambaNya yang beriman.

 

MESYUARAT ’TASK FORCE’ BAGI PROJEK MEMBINA TELAGA AIR BAWAH TANAH DI JOHAN SETIA, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

MESYUARAT ’TASK FORCE’ BAGI PROJEK MEMBINA TELAGA AIR BAWAH TANAH DI JOHAN SETIA, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

KHAMIS 10 Januari 2019 - Suatu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan cadangan pembinaan telaga tiub dan kolam takungan di kawasan Johan Setia, Klang, Selangor pada 26 Oktober 2018 di Ibu Pejabat JAS. Hasil dari mesyuarat, JMG Selangor/Wilayah Persekutuan telah dipilh untuk mengetuai pasukan ‘Task Force’ bagi projek pembinaan tersebut.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat yang pertama bagi ahli jawatankuasa taskforce telah berlangsung di JMGSWP yang dipengerusikan oleh pengarah, En. Jontih Enggihon.

Pihak Jmg akan membina 2 buah telaga air tanah di Johan Setia, Klang. Tujuan pembinaan telaga ini adalah untuk membekal  sumber air bagi mengawal kebakaran di kawasan Johan Setia yang kerap berlaku setiap tahun. Kerjasama daripada pelbagai agensi adalah diperlukan bagi menjayakan projek ini.

Baca selanjutnya

Kelab Kopi Pegawai JMG NSM

Kelab Kopi Pegawai JMG NSM

Seremban, 9 Januari 2019 - Satu sesi perjumpaan diantara pegawai-pegawai teknikal di JMG NSM telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG NSM pada hari Rabu yang lalu. Perjumpaan ini telah ditetapkan dan akan diadakan pada setiap hari Rabu jam 3.00 petang dan dikenali sebagai Kelab Kopi Pegawai JMG NSM. Ianya adalah bagi membincangkan status tugasan yang sedang dan akan dilaksanakan. Turut akan dibincangkan adalah isu / permasalahan yang telah dikenalpasti termasuklah perkongsian ilmu dan hal-hal lain.

Baca selanjutnya