MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2023 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2023 JMGSWP

SHAH ALAM, 21 Februari 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari Tahun 2023, bertempat di bilik Kuarza tingkat 6, Bangunan Darul Ehsan. 

Selain sesi tayangan montaj video bergambar, majlis perhimpunan kali ini juga diserikan dengan aktiviti  penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan sukan Ping Pong di dalam jabatan dan diakhiri dengan Sesi Perkongsian Ilmu yang disampaikan oleh En. Muhammad Ramzanee Mohd Noh bertajuk "Bencana Geologi Tanah Runtuh Fathers Organic Farm, Batang Kali".

Majlis Penyerahan Surat Pemangkuan Pegawai Geosains Gred 48.

Majlis Penyerahan Surat Pemangkuan Pegawai Geosains Gred 48.
Seramai sepuluh (10) orang Pegawai Geosains, Gred C44 telah diberikan pemangkuan ke Gred C48.
Majlis Penyerahan Surat Pemangkuan Pegawai Geosains ini telah disempurnakan oleh YBrs. En Zamri b. Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG Malaysia. Majlis telah berlangsung secara santai.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pegawai yang telah dianugerahkan pemangkuan ini. Semoga terus memberikan perkhidmatan yg cemerlang kepada jabatan khususnya dan perkhidmatan awam amnya.

SESI KUNJUNGAN MESRA ROMBONGAN PENGARAH PLANMalaysia@Selangor KE JMGSWP

SESI KUNJUNGAN MESRA ROMBONGAN PENGARAH PLANMalaysia@Selangor KE JMGSWP

SHAH ALAM, 15 Februari 2023 - Pengarah PLANMalaysia@Selangor, Tuan TPr KHAIRUL BIN IBRAHIM bersama rombongan telah mengadakan sesi kunjungan mesra ke pejabat JMGSWP. Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan halatuju pembangunan projek Gombak - Hulu Langat Geopark (GHL Geopark) yang telah mendapat pengiktirafan rasmi di peringkat kebangsaan sebagai Geopark Kebangsaan.

Lawatan Ke Pusat Penyelidikan Mineral oleh Fakulti Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal Pulau Pinang

Lawatan Ke Pusat Penyelidikan Mineral oleh Fakulti Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal Pulau Pinang
IPOH, 13 FEB - Seramai 30 orang pelajar dan 4 orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal Pulau Pinang mengadakan lawatan Ke Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ipoh hari ini.
 
Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tahun 1 kepada pengetahuan dan pemahaman dalam bidang mineral.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan pameran di Galeri Penyelidikan, diikuti dengan lawatan ke makmal-makmal di Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL) dan Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT).
Semoga program lawatan ini dapat memberi input dan pengalaman kepada para pelajar untuk lebih memahami bidang mineral yang mereka pelajari di universiti.