Aktiviti semaian anak pokok vetiver di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak.

Aktiviti semaian anak pokok vetiver di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak.
Pada 16 - 17 Februari 2023 seramai 4 orang kakitangan dari Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK) telah melakukan aktiviti semaian anak pokok vetiver di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak.
 
Sebanyak 240 polibag pokok vetiver telah berjaya dihasilkan atas tempahan daripada pengusaha lombong tempatan.
Pokok vetiver dikenali sebagai salah satu pokok tropikal unik yang tahan lasak dan digunakan untuk rawatan saliran lombong berasid secara pasif.
 
 

Taklimat Kesedaran dan Kefahaman MS ISO 9001:2015

Taklimat Kesedaran dan Kefahaman MS ISO 9001:2015
IPOH, 14 FEB - Satu sesi Taklimat Kesedaran dan Kefahaman MS ISO 9001:2015 telah diadakan pada pagi ini.
 
Taklimat ini bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman berkaitan dua skop perkhidmatan yang mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2015 kepada semua AJK Pameran dan Galeri PPM pada tahun ini.
 
Sesi ini dimulakan dengan taklimat pertama yang disampaikan oleh Puan Roshaida binti Arbain dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) bertajuk Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM).
 
Manakala Dr Emee Marina binti Salleh dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) telah menyampaikan taklimat kedua berkaitan Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD).
 
Semoga sesi taklimat ini dapat memberi kefahaman dan pengetahuan yang menyeluruh kepada semua AJK yang terlibat dan seterusnya mereka dapat menyampaikan maklumat ini kepada tetamu yang berkunjung ke PPM dan pengunjung pameran PPM.
 
 

Lawatan Kerjasama Teknikal Universiti Malaysia Pahang Ke Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal

Lawatan Kerjasama Teknikal Universiti Malaysia Pahang Ke Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal

IPOH,  21 Februari 2023: Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG Ipoh telah menerima kunjungan dari Pengarah Makmal Berpusat Universiti Malaysia Pahang bersama beberapa Pegawai Sains dalam rangka membina kerjasama teknikal dalam bidang analisis makmal serta kajian dalam bidang mineral dan geosains.

Universiti Malaysia Pahang telah diketuai oleh Pengarah Makmal Berpusat UMP, Prof. Madya Dr. Hazrulrizawati Binti Abdul Hamid dan telah diraikan oleh En. Mohd Fauzi Muhammad Said bagi pihak Pengarah Makmal, En. Mohd Fahami Abas dan En. Mohd Zahar Ibrahim. 

Delegasi ini telah di berikan taklimat oleh En. Mohd Fauzi dan kemudiannya dibawa melawat ke makmal untuk melihat sendiri kemudahan analisis yang disediakan kepada pelanggan.