BENGKEL PEMANTAPAN SKU JMG MALAYSIA
KOTA BHARU, KELANTAN (07 Februari 2023) SELASA :
Bengkel Pemantapan Sasaran Kerja Utama (SKU), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Tahun 2023 selama empat (4) hari bermula pada 06 Februari 2023 hingga 09 Februari 2023 bertempat di Dewan Kacip Fatimah, Pejabat FAMA Negeri Kelantan.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah PPO, Tuan Haji Nizarulikram.
JMG Sabah diwakili oleh Timbalan Pengarah Geosains, Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari, Timbalan Pengarah Sumber Mineral (Menanggung), Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal (Menanggung), Ketua Unit Pengurusan Maklumat dan Penolong Pegawai Tadbir.
Sumber maklumat dan foto : Encik Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee
BENGKEL PELAKSANAAN KLASIFIKASI FAIL URUSAN AM DAN FUNGSIAN JABATAN
KOTA KINABALU (06-07 Februari 2023): Satu bengkel pelaksanaan klasifikasi urusan am dan fungsian jabatan telah diadakan khas untuk kakitangan JMG Sabah di pejabat JMG Sabah. Bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu. Bengkel ini bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Objektif bengkel ini dianjurkan agar para peserta terutamanya Pegawai Rekod Jabatan yang dilantik dapat melaksanakan klasifikasi fail urusan am dan fungsian jabatan bagi pra syarat pelaksanaan sistem DDMS 2.0. Disamping itu, meningkatkan kawalan ke atas pengurusan rekod Sektor Awam secara lebih sistematik dan mencapai pendigitalan dokumen yang lebih efektif.
Seramai 19 kakitangan telah dipilih menyertai bengkel tersebut. Tenaga pengajar bagi bengkel ini adalah Puan Jamaliah binti Matrih serta Puan Noorliah binti Talasoi (Unit Pentadbiran dan Kewangan) dan Puan Lena Anggie (Unit Pengurusan Maklumat). Peserta yang menyertai bengkel ini telah mempelajari kaedah pembukaan dan penutupan fail konvensional, pengenalan kepada pengurusan rekod (Pegawai Rekod Jabatan), pengenalan kod fail (diperakui Arkib Negara) dan peserta juga diberi peluang untuk membuat pembentangan senarai fail masing-masing sambil diperbetulkan oleh penceramah dan fasilitator.
TRAINING ON RARE EARTH ELEMENTS DETERMINATION IN GEOLOGICAL SAMPLES USING LAICPMS
PEMILIHAN PEMAIN BAGI MEWAKILI KONTINJEN ZON UTARA BAGI SUKAN JMG
01 Februari 2023 (Rabu) : Satu program pemilihan pemain bagi mewakili Kontinjen Zon Utara bagi Sukan JMG telah diadakan di Kompleks JMG Ipoh. Kontinjen zon utara diwakili oleh JMG Malaysia Perak, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dan JMG Malaysia Kedah, Perlis, Pulau Pinang (JMG KPP).