TAKLIMAT PELETUPAN BAWAH TANAH DAN TEROWONG

TAKLIMAT PELETUPAN BAWAH TANAH DAN TEROWONG

BATU ARANG, 22 Mei 2018 - Taklimat Peletupan Bawah Tanah Dan Terowong Bil. 2/2018 telah dianjurkan oleh Tenaga Kimia Sdn. Bhd. dengan kerjasama JMG Malaysia. Turut hadir adalah Ketua Pengarah JMG Malaysia iaitu Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Perak iaitu Dato' Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil, PT Persenjataan (Operasi) Bukit Aman iaitu DSP Nor Hamizat Bin Ngadimin, pegawai - pegawai dari Unit Lombong & Kuari serta pegawai-pegawai PDRM Bukit Aman.

Baca selanjutnya

SESI PERBINCANGAN JMGSELWP BERSAMA BRITISH GEOLOGICAL SURVEY (BGS) BAGI PROJEK GEO 3D - KL BIL. 3/2018

SESI PERBINCANGAN JMGSELWP BERSAMA BRITISH GEOLOGICAL SURVEY (BGS) BAGI PROJEK GEO 3D - KL BIL. 3/2018

Shah Alam, 22 Mei 2018 bertempat di JMGSWP. Lanjutan sesi perbincangan ketiga berkenaan cadangan Projek GEO 3D-KL yang dirancang dengan kerjasama BGS telah diadakan susulan dari program lawatan tapak sekitar Negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Sesi perbincangan dipengerusikan oleh Pengarah JMGSWP, En. Jontih Enggihon.

Baca selanjutnya

Lawatan Tapak Ke Loji Rawatan Air (LRA) Pulau Sebatik, Tawau

Lawatan Tapak Ke Loji Rawatan Air (LRA) Pulau Sebatik, Tawau

PULAU SEBATIK, TAWAU, SABAH (15 & 16 Mei 2018) Siri ketiga lawatan tapak ke Loji Rawatan Air (LRA) telah dilaksanakan. Lawatan ini adalah tinjauan/siasatan awal dalam Projek Majlis Sumber Air Negara (MSAN) – Loji Rawatan Air yang bermasalah. Lawatan ini diketuai oleh En. Mazrali bin Alway (Pegawai Geosains C44), En. Abdul Arif bin Tahar (Pembantu Geosains C22) dan En. Suhaimi bin Suman (Pemandu R11).

Baca selanjutnya

Lawatan Tapak Ke Loji Rawatan Air (LRA) Ranau

Lawatan Tapak Ke Loji Rawatan Air (LRA) Ranau

RANAU, SABAH (07 & 08 Mei 2018). Siri kedua lawatan tapak ke Loji Rawatan Air (LRA) telah dilaksanakan. Lawatan ini adalah tinjauan/siasatan awal dalam Projek Majlis Sumber Air Negara (MSAN) – Loji Rawatan Air yang bermasalah. Lawatan ini diketuai oleh En. Mazrali bin Alway (Pegawai Geosains C44), En. Abdul Arif bin Tahar (Pembantu Geosains C22), En. Suhaimi bin Suman (Pemandu R11). Lawatan ini juga disertai oleh Ketua Aktiviti Hidrogeologi, JMG Sabah, En Jaineh Lingi (Pegawai Geosains C44).

Baca selanjutnya