Program Sambutan Ambang Ramadhan

Program Sambutan Ambang Ramadhan

Seremban, 16 Mei 2018 - Program Sambutan Ambang Ramadhan telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat JMG NSM. Program ini diadakan bersempena menyambut Bulan Ramadhan yang akan bermula esok.  Bacaan Yasin telah diadakan dan telah diketuai oleh Imam Masjid Sikamat iaitu Ustaz Muhamad Umar Sohaib. Seterusnya beliau telah menyampaikan tazkirah ringan mengenai Ramadhan, di mana antara intipati nya adalah, beliau mengingatkan semua agar bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi bulan yang ditunggu - tunggu ini. Amalan juga hendaklah dilipat gandakan. Semoga peringatan ini akan menjadi ikutan semua.

Selamat menyambut  Ramadhan...

 

 

 

JMG TERENGGANU DIJEMPUT SEBAGAI PANEL PENILAI BAGI PROGRAM UMT UNDERGRADUATE RESEARCH DAY 2018.

JMG TERENGGANU DIJEMPUT SEBAGAI PANEL PENILAI BAGI PROGRAM UMT UNDERGRADUATE RESEARCH DAY 2018.

Kuala Nerus, 16 Mei 2018(Rabu)- Hari ini UMT mengadakan program Undergraduate Research Day di Dewan Sultan Mizandan wakil JMG Terengganu dijemput sebagai panel penilai.

Selain itu, program ini akan melibatkan pameran dan pembentangan poster projek penyelidikan oleh mahasiswa/i tahun akhir di UMT serta akan menjalani proses penilaian yang akan dijalankan pada hari tersebut dan akan menyumbang kepada markah penilaian bagi subjek Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA).

Tujuan program ini diadakan untuk memberi peluang kepada mahasiswa/i UMT berkongsi hasil penyelidikan yang telah dijalankan sebelum ini kepada masyarakat luar terutama pelajar-pelajar sekolah dan juga kepada industri yang berkaitan. Program ini juga merupakan satu medium untuk memperkenalkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan menonjolkan aset universiti kepada masyarakat luar.

 

blog 88

 

blog 87

BENGKEL MENDAPATKAN INPUT / MAKLUM BALAS STAKEHOLDER TERHADAP PENYEDIAAN SIRI AMALAN TERBAIK DAN GARIS PANDUAN BERKAITAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN BERSAMA STAKEHOLDER

BENGKEL MENDAPATKAN INPUT / MAKLUM BALAS STAKEHOLDER TERHADAP PENYEDIAAN SIRI AMALAN TERBAIK DAN GARIS PANDUAN BERKAITAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN BERSAMA STAKEHOLDER

Bertempat di JMGSWP, 14 Mei 2018. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi mendapatkan input cadangan penambaikan/ pembetulan terhadap draf siri amalan terbaik dan garispanduan berkaitan ind perlombongan dan pengkuarian yang disediakan oleh pihak Magic Mirror Sdn Bhd daripada Pengarah-Pengarah JMG Negeri dan Pengarah-Pengarah PTG Negeri.

Penyediaan siri amalan terbaik dan garispanduan berkaitan ind perlombongan dan pengkuarian merupakan satu projek pembanguna di bawah selian Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
Baca selanjutnya

MAJLIS AMANAT KSN BERSAMA PENJAWAT AWAM

MAJLIS AMANAT KSN BERSAMA PENJAWAT AWAM

Kuala Terengganu 2 Mei 2018 - Majlis Amanat KSN bersama Penjawat Awam Terengganu  yang dihadiri lebih 2,000 kakitangan awam di Wisma Darul Iman.  Dua orang wakil JMG Terengganu turut hadir yang diwakili oleh En. Che Aziz Che Soh,Timbalan Pengarah, En Norzuhairil Zubir, Pegawai Geosains Kanan.

Melalui perjumpaan itu Dr Ali  memberi penerangan tentang pencapaian negara keseluruhan secara berfakta dan manfaat diperolehi rakyat bagi memberi kefahaman kepada kakitangan awam.

Beliau berkata,  Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam landasan betul dengan pencapaian negara sama ada aspek pembangunan, ekonomi mahupun sosial  begitu memberangsangkan.

“Tiada sesiapa yang teringgir atau tertinggal dalam pembangunan negara. Kalau kita lihat dalam bajet tahun 2018 semua kumpulan sasar dapat manfaat daripada kerajaan.

“Agihan hasil negara juga menyeluruh kepada semua pihak. Hasil yang dipungut dari GST, LHDN, Kastam sebenarnya diagihkan semula kepada rakyat melalui BRIM dan peruntukan dalam sektor seperti pendidikan dan kesihatan,” katanya.

MAJLIS PELANCARAN TELAGA TIUB DAN PROGRAM KOMUNITI BERSAMA NRE

MAJLIS PELANCARAN TELAGA TIUB DAN PROGRAM KOMUNITI  BERSAMA NRE

Kpg. Sampadi, Lundu, 29 April 2018 - Satu Majlis Pelancaran Telaga Tiub & Program Komuniti bersama NRE telah diadakan di Kpg. Sampadi Lundu pada 29hb April 2018. Majlis ini adalah anjuran bersama oleh Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia, JKK Kpg. Sampadi Lundu dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sarawak. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, mantan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Yang Berhormat Datin Patinggi Datuk Amar Hajjah Jamilah Binti Haji Anu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N 3 Tanjung Datu, Yang Berbahagia Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, En. Enggong Aji, Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Sarawak, Kakitangan JMG Sarawak serta Ketua Jabatan beberapa agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, pemimpin-pemimpin masyarakat dan komuniti di sekitar Kpg. Sampadi Lundu. 
 
Baca selanjutnya