BENGKEL mySPATA FASA II– ASET TAK ALIH DI AKMAL CAWANGAN TIMUR, KELANTAN

BENGKEL mySPATA FASA II– ASET TAK ALIH DI AKMAL CAWANGAN TIMUR, KELANTAN

Rantau Panjang, 2 Mei 2018 – Seramai 2 orang kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Terengganu telah menghadiri kursus bertajuk Bengkel MySpata fasa II – Aset Tak Alih bertempat di Akademi Kastam Diraja Malaysia(AKMAL) Wilayah Timur dari 2- 4 Mei 2018.

Bengkel yang memberi tumpuan berkenaan pengurusan aset tak alih ini bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan berhubung subjek di atas. Bengkel ini dikendalikan oleh pegawai dari Kementerian Sumber Asli Dan Alam sekitar

Di antara pengisian bengkel ini adalah pengenalan konsep pengurusan aset tak alih kerajaan, pemahaman mengenai prosedur sistem kod dan dokumentasi pengumpulan data aset tak alih kerajaan.

Semoga seluruh 36 orang kakitangan yang terlibat dalam bengkel ini akan dapat menimba sebanyak mungkin maklumat yang disampaikan agar dapat diimplementasikan di jabatan masing-masing kelak.

 

blog 84

blog 83

SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Kuala Terengganu, 1 Mei 2018(Selasa) - Tarikh 1 Mei merupakan tarikh yang penuh makna bagi pekerja di seluruh dunia kerana pada tarikh tersebut diumumkan sebagai Hari Pekerja bagi meraikan semua pekerja di seluruh dunia. Tema Hari Pekerja negara pada tahun 2018 ialah Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara' telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Februari lepas. Bertempat di Stadium Tertutup Negeri Terengganu pagi ini, telah diadakan sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Terengganu yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia,Terengganu turut sama meraikan Hari Pekerja itu dengan menghantar wakil seramai 10 orang staf dan pegawai bagi menghadiri majlis yang menghimpunkan seramai 5,000 orang pekerja dari seluruh negeri Terengganu.

Majlis Perasmian & Penyerahan Telaga Tiub Air Tanah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG) Kepada Lembaga Air Perak (LAP) Di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA), Perak

Majlis Perasmian & Penyerahan Telaga Tiub Air Tanah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG) Kepada Lembaga Air Perak (LAP) Di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA), Perak

Bagan Datuk, 27 April 2018 - Majlis penyerahan Telaga Tiub Air Tanah Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Perak (JMG) Kepada Lembaga Air Perak (LAP) telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Masalah bekalan air seperti tekanan air rendah dan gangguan pada waktu puncak adalah antara masalah yang tidak dapat dielakkan di Bagan Datuk.

Bagi mengatasi masalah ini, sumber air tanah dikenalpasti sebagai salah satu sumber alternatif yang disyorkan untuk dibangunkan. Pejabat Timbalan Perdana Menteri bersetuju meluluskan sejumlah RM500,000.00 melalui ICU kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) untuk melaksanakan Projek Perintis Pembangunan Sumber Air Tanah di daerah Bagan Datuk dengan Jabatan Mineral & Geosains Malaysia Perak (JMG) sebagai agensi pelaksana. Ujian pengepaman kualiti air menunjukkan kadar jumlah air dari telaga yang dibina ialah 55,000 gelen sejam. Kadar jumlah seperti ini berupaya untuk memenuhi keperluan 30,000 penduduk di daerah Bagan Datuk. Ujian makmal kualiti air pula menunjukkan air yang diperolehi adalah air tawar yang sesuai sebagai sumber air mentah untuk kegunaan domestik.

Di akhir ucapan, YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan syabas kepada Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Aziz dan warga kerja JMG khususnya JMG Perak yang diterajui oleh Pengarah, Dato' Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil di atas kejayaan projek ini.

 

Bicara AKRAB JMG Kelantan

Bicara AKRAB JMG Kelantan

30 April 2018 – Pada perhimpunan bulan April, JMG Kelantan telah mengadakan program Bicara AKRAB yang disampaikan oleh En. Nurzaidi Abdullah. Objektif utama adalah bagi memberi penerangan berkaitan penubuhan, fungsi dan kefahaman mengenai keberadaan AKRAB kepada kakitangan JMG Kelantan. Diharap lebih banyak program AKRAB mengikut takwim yang telah dirancangkan seperti Inventori Personaliti Sidek, Kaunseling Kelompok Berstruktur, Jejak Sahabat, Lawatan Sosial ke Rumah Kebajikan dan seumpamanya dapat dilaksanakan pada masa akan datang di JMG Kelantan.

PERASMIAN DAN PENYERAHAN TELAGA TIUB AIR TANAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-KHAIRIAH, KUALA NERANG, KEDAH

BLOG 1001

Alor Setar, Kedah (05 Mei 2018): Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub Air Tanah & Penyampian Bantuan Awal Persekolahan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Kuala Nerang, Kedah telah diadakan pada 22 April 2018 dan telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Dato Haji Mohd Zaim Bin Dato Haji Abdul Wahab.

Baca selanjutnya