Perhimpunan Bulan Jun 2015 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG Malaysia,
Perak) telah diadakan pada 17 hb Jun 2015 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Granit, JMG
Malaysia, Perak
Mesyuarat Penyelarasan Sukan NRE 2015
IPOH, 1 Jun 2015: Pada hari ini telah diadaan Mesyuarat Penyelarasan bagi membincangkan mengenai pelaksanaan Sukan NRE 2015 di peringkat jabatan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mior Sallehhuddin Mior Jadid, bertempat di Bilik Mesyuarat Topaz, Bahagian Perkhidmatan Teknikal.
Bubur Lambuk BPT
Aktiviti penyediaan bubur lambuk BPT sudah menjadi kebiasaan pada setiap tahun. Dan pada tahun ini, akan dimulakan pada hari Khamis 25.06.2015 dengan sumbangan daripada KSKBPT dan para kakitangan BPT. Penyediaan bubur ini dibuat secara gotong royong seperti tahun-tahun sebelumnya. Hasilnya disedekahkan kepada para kakitangan dan pegawai yang tering merasai kelazatan bubur lambuk BPT
PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA
Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) dan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Negeri Kelantan 2015 telah diadakan di Dewan Pusat Transformasi Keilmuan Parlimen Machang, Kg.Cherang Bukit Tiu, Machang, Kelantan.Perasmian majlis telah dilaksanakan oleh Dato’ Mokhtar bin Mustapha, Pengarah JPP Negeri Kelantan yang mewakili Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Majlis ini juga turut dihadiri Tuan Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Kelantan (JMG Kelantan) yang mewakili Tuan Pengarah JMG Kelantan.
Pameran Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia
Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) dan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Negeri Kelantan 2015 telah diadakan di Dewan Pusat Transformasi Keilmuan Parlimen Machang, Kg.Cherang Bukit Tiu, Machang, Kelantan.Perasmian majlis telah dilaksanakan oleh Dato’ Makhtar bin Mustapha, Pengarah JPP Negeri Kelantan yang mewakili Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Majlis ini juga turut dihadiri Tuan Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Kelantan (JMG Kelantan) yang mewakili Tuan Pengarah JMG Kelantan.
Sempena majlis itu juga, JMG Kelantan telah dijemput untuk mengadakan pameran bersama beberapa agensi kerajaan yang lain serta syarikat swasta. Pameran tersebut telah berlangsung pada 14 Jun 2015 iaitu bermula daripada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 2.00 petang. Program ini melibatkan seluruh warga penduduk dan pelajar-pelajar sekolah seluruh kawasan Parlimen Machang.
Seramai tiga orang kakitangan JMG Kelantan terlibat dalam pengendalian pameran pada kali ini iaitu En.Rafee bin Wook, En.Junor bin Yaacob dan En.Sharilnnizam bin Samsudin serta dibantu oleh Cik Anna Anissa Salwani bt Aziman,Pelajar Latihan Industri di JMG Kelantan. Antara bahan pameran yang dipamerkan adalah poster-poster berkaitan dengan tugas dan peranan JMG, sampel-sampel batuan, sampel batu-batu permata dan produk-produk berasaskan bahan batuan. Poster-poster berkaitan kepentingan penjagaan dan konservasi air tanah juga turut dipamerkan kepada orang ramai.
Sambutan pengunjung adalah amat menggalakkan dan diharapkan dapat menyedarkan masyarakat tentang tugas dan peranan JMG serta kepentingan menjaga alam sekitar demi masa depan bersama.