Kursus Pagemaker JMG NSM

Pagemaker 2 06 15

02 Jun 2015 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dna Melaka ( JMG NSM ) telah mengadakan satu hari kursus page maker untuk kakitangan jabatan.

Kursus telah disampaikan oleh Pengarah JMG NSM En. Zulkipli bin Che Kasim di Bilik Mesyuarat JMG NSM. Sambutan dan kerjasama amatlah mengalakkan dan dapat menambahkan pengetahuan dalam penghasilan laporan yang terbaik dan berkualiti tinggi.

 

Program BICARA AKRAB JMG 2015 & Mesyuarat Agong AKRAB JMG 2015

Blog Pic

Program BICARA AKRAB JMG 2015 dengan tema "TRANSFORMASI MEMACU KECEMERLANGAN ORGANISASI" telah diadakan dengan jayanya bertempat di JMG Ibu Pejabat pada 19 Mei 2015. Program dihadiri oleh ahli AKRAB JMG dan kakitangan JMG Ibu Pejabat. Dua pembentangan telah disampaikan bertajuk "Transformasi Budaya Ke Arah Pekerja Cemerlang” oleh En. Danial Lee Abdullah, KPT, JMG Ibu Pejabat dan "Peranan AKRAB Dalam Transformasi Perkhidmatan Awam” disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Zulkiflee Che Soh, KPP(GIS) yang juga Pengerusi AKRAB, NRE.

Baca selanjutnya